Monday 22 December 2014

BWF Badminton Coaching Manual Level 1 dan Level 2


Salam, di sini saya nak kongsikan panduan untuk jurulatih badminton. Panduan ini adalah dari BWF, dalam bahasa Inggeris.

Ada dua tahap, tahap 1 dan tahap 2. Harap dapat membantu jurulatih-jurulatih badminton untuk melatih anak murid masing-masing

 Manual Coaching Level 1
Manual Coaching Level 2




Thursday 18 December 2014

Karrimor Hot Rock 30 Rucksack- Pre Order

Colour

Colour

Colour

Colour

Colour

Colour

Colour


Karrimor Hot Rock 30 Rucksack

The Karrimor Hot Rock 30 Rucksack is great for hiking and trekking thanks to the rigid back support and the FForm Backsystem giving you a comfortable fit for carrying around all day, padded shoulder and waist straps give extra support and comfort. This Karrimor rucksack has a large tube compartment for all your camping equipment, a pocket to the top of the compartment allows for a water bladder, closes with a drawstring and clipped hood with pocket on the inner.

> Rucksack
> 1 main compartment
> Allows for water bladder
> 1 internal pocket to hood
> Adjustable outer straps
> FForm Backsystem
> Padded shoulder and waist straps
> Karrimor logo
> H61 x W26 x D20cm

Pre Order
5-7 Hari bekerja penghantaran selepas pembayaran penuh dilakukan

Harga Jualan= RM360
Harga Kami= RM295 pos percuma!
anda jimat=RM65


sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan 

Karrimor Wind 25+5 Rucksack Pre-Order




 

Karrimor Wind 25+5 Rucksack

The Karrimor Wind 25+5 Rucksack is ideal for any avid hiker or trekker, utilising the Airspace back system designed to encourage cooling air flow coupled with a padded hip belt and adjustable shoulder straps for comfort. This Karrimor rucksack offers an impressive amount of storage space with expanding side pockets, a base compartment and mesh wand pockets along with walking pole attachments.

Hydration System Compatible
Rain Cover Included. perfect for all weather backpacking.

> Rucksack
> Zipped pocket within lid
> Expansion side pockets
> Mesh wand pockets
> Base compartment
> Walking pole attachment
> Airspace back system
> Padded hip belt
> Hydration System compatible
> Rain cover included
> Capacity: 25+5L
> Fabric: P600D / P300D Ripstop
> Weight: 950g
> H47 x W35 x D17cm


Pre Order
5-7 Hari bekerja penghantaran selepas pembayaran penuh dilakukan

Harga Jualan= RM250
Harga Kami= RM199 pos percuma!
anda jimat=RM51
 
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan

Wednesday 17 December 2014

Review Shuttlecock Efeel M700,Fleet no 2002 dan AVA no 4


Dari Kiri-AVA no 4, Fleet no 2002 dan Efeel M700
Dari Kiri-Efeel M700, Fleet no 2002 dan AVA no 4

Salam, nak review sikit shuttlecock yang saya guna.
Actually 3 jenama ini yang selalu saya pakai.

Ava no 4
Overall Rating: 7/10
Durability: 6/10
Feather: 6/10
Flight: 8/10
Speed: 77
Weight and Feel: 6/10
Price: RM30 per tube

Kalau anda boleh lihat, AVA no 4 menggunakan dual layer cork. Itu yang membuatkan shuttle dia agak ringan. Dari segi ketahanan feather agak kurang. Cork jenis ini lebih tahan lama. Tetapi ketahanan cork tidak sepadan dengan ketahanan 'feather'. Bulu cepat rosak. Untuk 'heavy' game memerlukan sehingga 3-4 shuttle untuk satu game. Sesuai untuk latihan. Nama pun dah AVA no 4 Training.


Fleet No 2002
Overall Rating: 9/10
Durability: 9/10
Feather: 9/10
Flight: 9/10
Speed: 77
Weight and Feel: 9/10
Price: RM75-79 per tube

Untuk jenama Fleet 2002. Shuttlecock mempunyai Logo "Approved by BWF for International Play". Memang terbaik dalam kelasnya. Untuk perlawanan yang "heavy' 1 shuttlecock boleh bertahan sehingga 1.5 game. Cork menggunakan triple layer cork. Triple layer akan memberikan berat kepada shuttlecock, tetapi jika dibandingkan dengan AVA no 4, cork AVA no 4 lebih tahan berbanding Fleet no 2002. Sebagai contoh saya pernah bermain menggunakan AVA no 4 untuk permainan 'moderate level' untuk 1 game, dibandingkan dengan Fleet no 2002, selepas habis 1 game, cork AVA no 4 kelihatan masih elok walaupun 'feather' dah hampir barai, untuk Fleet no 2002, cork macam lari sedikit dari bentuk asal, walaupun 'feather' masih elok.
Sesuai untuk pertandingan dan permainan sosial.


Efeel M700
Overall Rating: 9/10
Durability: 8.5/10
Feather: 9/10
Flight: 9/10
Speed: 76
Weight and Feel: 9/10
Price: RM76-81 per tube

Jenama Efeel terkenal di Melaka. Kerana pengimport shuttlecock jenama ini adalah syarikat dari Melaka. Ramai pemain badminton sosial di Melaka menggunakan shuttlecock ini. Efeel mengeluarkan 2 variasi shuttlecock. Speed 76 dan 77. untuk model Efeel M900 speed adalah 77. Jika nak dibandingkan Efeel M700 dan Fleet no 2002, Keseluruhan kualiti pada saya sama, cuma cork Fleet no 2002 lebih tahan sedikit berbanding dengan Efeel M700. Cork bagi Efeel M700 juga menggunakan triple layer cork.
Sesuai untuk pertandingan dan permainan sosial.

Pemakanan Sukan untuk Atlet Remaja

sumber gambar: lilinrini.blogspot.com

Pemakanan & Sukan

Apakah kebaikan sukan kepada remaja?
  • Meningkatkan stamina
  • Membantu membina tulang dan otot yang sihat
  • Membantu mengawal berat badan
  • Mengurangkan tekanan (stres)
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol.
Bolehkah Indeks Jisim Tubuh, IJT (Body Mass Index) digunakan untuk menentukan status pemakanan atlet remaja?
  • IJT merupakan kaedah yang baik untuk menilai status pemakanan anda. Untuk prestasi yang optimum, IJT sepatutnya berada antara persentil ke 5 hingga ke 85. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui IJT yang sesuai untuk umur anda.

Umur (tahun)
BMI yang sesuai untuk remaja lelaki (kg/m2)
BMI yang sesuai untuk remaja perempuan (kg/m2)
10
15-19
14-20
11
15-21
15-21
12
16-21
15-22
13
16-22
16-23
14
17-23
17-25
15
17-24
17-24
16
18-24
18-26
17
18-25
18-25
18
19-26
18-24

Nota :
Anda boleh mengira IJT mengunakan formula berikut :
Berat (kg)
IJT =
Tinggi (m)  X  Tinggi (m)

Contoh : Jika anda adalah seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun, mempunyai berat badan 60 kg dan tinggi 1.7 m, IJT anda adalah 20. Jadi anda mempunyai IJT yang normal (antara 18 – 25 kg/m2).
  • Walau bagaimanapun, sebagai seorang atlet, IJT anda mungkin melebihi IJT yang normal. Ini kerana jisim otot dan rangka tubuh atlet adalah lebih besar akibat tahap aktiviti fizikal yang tinggi. Dalam keadaan ini, kaedah pengukuran lain seperti ketebalan lapisan kulit trisep digunakan untuk membezakan antara lemak dengan otot. Oleh itu, status pemakanan yang sebenar dapat ditentukan.
Apakah yang diperlukan dalam diet atlet remaja?
Atlet remaja perlukan :
  • Tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta aktiviti fizikal.
  • Karbohidrat yang mencukupi untuk menyimpan bekalan tenaga.
  • Protein yang mencukupi untuk pertumbuhan tetapi tidak berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko dehidrasi
  • Air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan stamina.
  • Lemak yang mencukupi tetapi tidak berlebihan.
  • Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan prestasi (contoh : zat besi dan vitamin-vitamin B).
  • Pelbagai sumber kalsium dan vitamin D untuk memastikan tulang sihat.
  • Makanan yang kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia yang boleh mengurangkan stamina dan tahap pencapaian.
  • Pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori anda.
Berikut adalah contoh menu untuk seorang atlet remaja yang memerlukan 2500 kcal sehari :

Waktu Makan
Contoh Menu
Sarapan
2 keping roti dengan marjerin
1 biji telur
½ cawan bijirin sarapan
1 potong betik
1 gelas susu rendah lemak
Minum Pagi
2 keping karipap
1 gelas susu soya
Makan Tengah Hari
2 cawan nasi
1 ketul ayam / ikan
1 mangkuk sup sayur campur + tauhu
1 cawan daun salad dan timun
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Minum Petang
1 cawan bubur kacang hijau
1 cawan teh
Makan Malam
1 mangkuk mi sup (dengan ayam / daging, bebola ikan dan sayur-sayuran)
1 potong jambu batu
1 gelas air kosong
Minum Malam
3 – 6 keping biskut
1 gelas susu rendah lemak

Apakah corak pengambilan makanan yang sesuai sebelum sesuatu acara sukan?
  • Tujuan utama pengambilan makanan sebelum sesuatu acara sukan adalah untuk mengelakkan rasa lapar sebelum atau semasa latihan atau pertandingan, serta mengekalkan paras optimum glukosa dalam darah.
  • Sasaran utama pemakanan adalah untuk menyediakan makanan yang tinggi karbohidrat terutamanya karbohidrat kompleks, jumlah protein yang sederhana dan sedikit lemak.
  • Jumlah makanan yang perlu dimakan bergantung kepada tempoh masa yang ada sebelum acara sukan itu bermula.
  • Berikut adalah contoh corak pengambilan makanan yang boleh diikuti :
 
Hidangan /Snek
Selang masa
Contoh
Snek ½ - 1 jam sebelum 1-2 keping roti
Air kosong
Hidangan ringan 2 - 4 jam sebelum 1 set sandwic tuna
1 potong betik
Air kosong
Hidangan berat 4 - 5 jam sebelum 1½ - 2 cawan nasi
1 ketul ayam / ikan bakar
½ cawan sayur yang dimasak atau 1 cawan sayur mentah
Jus Oren

Apakah diet yang dicadangkan selepas sesuatu acara?
  • Glikogen di dalam otot dapat diganti dengan optimum dengan memakan atau meminum sumber yang tinggi karbohidrat sejurus selepas sesi latihan, dan sekali lagi 2 jam kemudian. Ini bermakna anda perlu minum minuman yang tinggi karbohidrat sejurus selepas latihan dan makan hidangan yang tinggi karbohidrat dalam tempoh 2 jam selepas itu.    
Adakah atlet remaja memerlukan protein tambahan?
  • Berdasarkan Saranan Keperluan Nutrien Malaysia (Recommended Nutrient Intake Malaysia, RNI), saranan keperluan protein untuk remaja adalah antara 1.0 hingga 1.2 g bagi setiap kilogram berat badan sehari.
  • Atlet yang baru memulakan program latihan perlu mengambil 1.0 hingga 1.5 g protein bagi setiap kilogram berat badan sehari sementara atlet yang menyertai acara lasak memerlukan antara 1.2 hingga 1.4 g protein bagi setiap kilogram berat badan sehari. Contohnya, jika berat badan anda adalah 60 kg dan anda baru memulakan latihan, anda memerlukan 60 – 90 g protein sehari. Pengambilan 2 gelas susu, 2 hingga 3 ketul ikan / ayam, 2 keping keju, 2 potong tauhu dan 1 cawan kekacang sehari boleh memenuhi keperluan protein anda.
  • Perlu diingatkan bahawa mengambil protein yang melebihi jumlah yang disarankan tidak akan menjadikan otot anda lebih besar atau kuat. Malahan dengan mengambil protein melebihi jumlah tenaga yang diperlukan akan menyebabkan protein disimpan sebagai lemak, bukannya otot. Protein yang berlebihan, sama ada diambil melalui makanan atau suplemen makanan, akan menyebabkan dehidrasi serta meningkatkan berat badan. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkan kehilangan kalsium dari badan.
Mengapa air penting bagi atlet remaja?
  • Air memainkan peranan yang kritikal dalam pemeliharaan kesihatan dan prestasi yang optimum atlet remaja.
  • Salah satu fungsi air yang sangat penting adalah untuk menyejukkan badan. Semasa anda bersukan, otot yang bekerja akan menghasilkan tenaga dan ini akan meningkatkan suhu badan. Peningkatan suhu badan akan menyebabkan badan anda berpeluh dan apabila peluh ini sejat, badan anda akan berasa sejuk. Sekiranya peluh yang keluar ini tidak diganti dengan meminum air dengan banyak, imbangan air di dalam badan akan terganggu dan menyebabkan dehidrasi.
Berapakah jumlah air yang diperlukan untuk mengelakkan dehidrasi?
  • Jadual di bawah memberikan saranan am pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi. Walau bagaimanapun, saranan ini mungkin berbeza, bergantung kepada suhu persekitaran, kelembapan dan jenis sukan.
Masa
Jumlah Air
1-2 jam sebelum acara 300 - 400 ml air sejuk (10°C - 22°C)
10-15 minit sebelum acara 300 - 350 ml air sejuk
Semasa latihan 100 - 200 ml air sejuk
Selepas latihan 350 – 700 ml air sejuk

Adakah atlet remaja memerlukan suplemen vitamin dan mineral?
  • Walaupun suplemen vitamin dan mineral boleh memperbaiki status pemakanan seseorang yang mengambil hidangan yang kurang kandungan nutrien, tiada data saintifik yang menyokong penggunaan suplemen makanan secara am untuk meningkatkan prestasi atlet.
  • Suplemen vitamin dan mineral mungkin akan memberi kepercayaan yang salah, di mana peningkatan prestasi akan dikaitkan dengan suplemen dan bukannya atas usaha serta latihan gigih yang dilakukan.  
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis suplemen makanan.  

Rujukan:

Jamie Stang, Mary Story, 2005. Guidelines for Adolescent Nutrition Services. Center for Leadership, Education and Training in Maternal and Child Nutrition, University of Minnesota. Page 1 - 206.

Semakan akhir : 20 April 2012
Penulis : Zalma bt. Abdul Razak
Penyemak : Tn. Hj. Ridzoni bin Sulaiman

Credit to : http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/remaja/pemakanan-a-sukan

Tuesday 16 December 2014

Latihan-Pick up a shuttlecock with your racket

Salam, bagaimana nak pick up shuttle dengan menggunakan raket? mungkin video di bawah boleh membantu anda.

Selain dapat menjimatkan tenaga, pick up shuttle menggunakan raket akan membuatkan kita lebih bergaya. haha. Tak pandai main takpe.. Gaya kena ada. Ini dah la tak pandai main.. gaya pulak kurang.




Monday 15 December 2014

Jualan Barangan Sukan-adidas Young Mix Tracksuit Mens

Adidas Young Mix Tracksuit Mens (Sepasang)

 



 

Take training seriously and warm up in this Adidas Young Mix Tracksuit, featuring a hooded jacket and elasticated bottoms with drawstrings for an adjustable fit. This tracksuit is designed with four pockets for plenty of storage along with a zip fastening to the jacket, both items are completed with Adidas logo and Three Stripes to the sleeves and outer legs.

Jacket
> Hooded with drawstrings
> Zip fastening
> Two zip pockets
> Ribbed cuffs
> Adjustable toggles to hem
> Top: 100% polyester
> Overlay: 100% nylon 

Bottoms
> Elasticated waist with internal drawstring
> Two pockets
> 100% polyester
> Adidas branding
> Three Stripes
> Machine washable

 Size Available :S, M, L, XL

UK Size ChestWaist
XS34 / 3628
S36 / 3830
M                    38 / 4032
L40 / 42                  34
XL42 / 4436
XXL44 / 4638

Harga Retail :RM400
Tawaran harga diskaun=RM350 pos percuma


Pre-Order.
Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan

pembayaran melalui Maybank dan Cimb

Diterima






















Komponen Kecergasan Fizikal



Kompnen kesergasan fizikal terbahagi kepada 2 kategori

1. Komponen kecergasan berlandaskan kesihatan
2. Komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor

Komponen kecergasan berlandaskan kesihatan terbahagi kepada 5

a. Kapasiti Aerobik 
-Biasanya disebut daya tahan kardiovaskular. Adalah keupayaan jantung untuk mengepam darah dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri daripada:

Jantung
Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.
Paru-paru
Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
Rangkaian Arteri dan Vena
Rangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung. Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia dan ianya melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.
b. Daya Tahan Otot
Terdapat tiga komponen kecergasan yang berkait terus dengan otot, iaitu daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa otot. Daya tahan otot adalah keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.
  • Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun.
  • Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.
Daya tahan otot diukur daripada penguncupan otot yang bekerja berulang-ulang mengatasi rintangan di dalam satu jangka masa yang lama. Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot ialah
bangkit tubi, tekan tubi dan burpee.

c. Komposisi Tubuh Badan
Endomorf ialah bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti Mesomorf pula mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan lari jarak dekat dan acara lompatan Ektomorf mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan kulitnya. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan pelari jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang Obesiti atau kegemukan adalah masalah kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat terutama kanakkanak. Masalah ini ada kaitannya dengan komponen komposisi tubuh badan. Bersenam secara kerap dan memakan makanan seimbang boleh mengatasi masalah kegemukan.

d. Kelenturan dan Fleksibiliti
Kelenturan adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang kemas dalam pergerakan yang maksimum. Kelenturan merujuk kepada keupayaan sesuatu sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin. Hasil pergerakan itu pula ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen. Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan kelenturan ialah pergerakan kalistenik regangan.

e. Kekuatan Otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Mempunyai kekuatan otot yang tinggi membolehkan individu melakukan aktiviti kehidupan harian dengan lebih berkualiti. Kekuatan otot ialah kemampuan otot mengatasi beban atau rintangan yang berat. Contohnya, angkat berat, ujian lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan lainlain. Kekuatan otot amat penting untuk mencapai prestasi tinggi dalam aktiviti sukan dengan memberi sumbangan terhadap kuasa untuk melakukan sesuatu tugas. Kekuatan otot juga perlu dalam aktiviti harian untuk berjalan, berlari, mengangkat barang dan lain-lain lagi
Komponen kecergasan berlandaskan lakuan motor terbahagi kepada 6

Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor boleh dilihat dari segi kelajuan, ketangkasan, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan kuasa.

Kelajuan
Kelajuan dikaitkan dengan kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat. Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima. Sebagai contoh, dalam lari pecut dan lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi mencatatkan masa yang terpantas. Dalam acara lompat jauh, atlet lompat jauh memerlukan kelajuan lari landas untuk melakukan lompatan. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)

Ketangkasan
Ketangkasan ialah kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa bergerak. Atlet yang tangkas dapat melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan. Ketangkasan penting dalam menghadapi situasi kecemasan. Seseorang individu boleh mengaplikasikan ketangkasan dalam kebanyakan jenis permainan. Hal ini penting kerana setia pemain perlu bertindak dengan cepat mengikut situasi permainan. Ketangkasan boleh dilatih melalui latihan bayangan. Contoh pergerakan ialah lari zig-zag dalam permainan ragbi dan mengelecek bola hoki.

Koordinasi
Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasarannya. Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ianya melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan panca indera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang sempurna.

Masa Tindak Balas
Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga masa tindak balas dilakukan dengan pantas. Kepantasan masa tindak balas dikaitkan dengan ketangkasan. Contohnya, pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.

Imbangan
Imbangan ialah kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik. Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. Imbangan statik ialah imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali. Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan anda berubah kedudukannya. Imbangan statik berlaku apabila pusat graviti berada setempat. Imbangan dinamik ialah imbangan badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan. Imbangan dinamik juga adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.

Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Contohnya, dalam aktiviti melompat sarjan, anda memerlukan kuasa kaki anda untuk menghasilkan lompatan yang paling tinggi.
Credit to: http://sayacikgusukan.blogspot.com

Sunday 14 December 2014

Latihan untuk footwork kaki

 

 

Murid bernama Amir Al-Hakim. Berumur 6 tahun. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Long Term Objective. Create National Champion under 12. Mungkin pembaca ada cadangan untuk tingkatkan footwork murid ini. Boleh beri cadangan di komen. Terima kasih

Saturday 13 December 2014

Sistem Kiraan Mata Dalam Badminton


Bercerita mengenai sistem kiraan mata ini, dulu kiraan mata 15 mata, siapa buat silap, pihak lawan tak dapat mata, cuma dapat giliran servis. Bila giliran dia servis, shuttle jatuh ke tempat lawan, baru dikira mata. Sistem kiraan mata yang lama ini, kekurangan dia, perlawanan lambat nak habis..

Sekarang ni sistem kiraan 21 mata, best of three. Sistem ini bermula tahun 2006. Maksudnya kena menang 2 set baru dikira menang. Sistem kiraan 21 mata ini, jika pemain membuat kesilapan, pihak lawan akan mendapat mata. Sistem ini membuatkan permainan badminton menjadi semakin pantas. Tiada ruang untuk melakukan kesilapan. Silap je, mata akan dapat ke pihak lawan.

Pandangan peribadi saya, saya lebih suka kiraan lama 15 mata. Permainan yang menggunakan format ini lebih berseni. Sekurang-kurangnya harapan masih ada jika melakukan kesilapan. Jika kita yang mulakan servis, kesilapan pada kita.. pihak lawan masih tidak mendapat mata. Hanya dapat giliran servis. So dari situ, kita boleh menyusun balik strategi kita.

Friday 12 December 2014

Badminton Tournament







Banyak sebenarnya pertandingan badminton yang boleh disertai oleh kebanyakkan orang biasa. Macam dalam gambar ni, jangan katakan orang kurus, ahli sumo pun boleh masuk. Tiada masalah. Jika anda mencari pertandingan badminton yang boleh disertai, saya mencadangkan anda melayari laman web www.mbt.com.my disitu ada banyak juga pertandingan yang diiklankan.

Pre-Order Karrimor X Lite Backpack


Karrimor X Lite Backpack



Karrimor X Lite Backpack

Karrimor X Lite Backpack




The Karrimor X Lite Backpack is ideal for wearing to head out onto a run, with a spacious main compartment and multiple smaller zip pockets to store all your valuables whilst out on a run. The rucksack features adjustable, padded shoulder straps, a bungee system to one side and reflective detailing for better visibility in dim light conditions.
 







 



> Backpack
> 15 litre capacity
> Large zippered main compartment
> Bungee system to one side
> Reflective detailing
> Small zippered side pocket/2 zippered pockets to bottom of shoulder straps
> Hanging hook to top
> Adjustable padded shoulder straps
> Clipped chest strap
> Back length 49cm x back width 25cm 

> Colour= Black, Fluo Orange, Fluo Pink, Fluo Yellow

Harga Retail :RM199
Tawaran harga diskaun=RM125 pos percuma! 


ini item pre-Order.
bermaksud anda perlu membuat tempahan beserta bayaran penuh. Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan 

Tips Untuk Berjaya dalam apa jua bidang




Tips untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Banyak tips. Kalau dibukukan rasanya tak abis tulis air sungai rejang..hehe. Nak berjaya kena ada formula. Apa formulanya? formulanya E=mc².. eh.. salah..
Formulanya adalah MESTI. Apa itu MESTI

M=Matlamat/ Mentor/Misi
Nak berjaya tapi kau tak tetapkan MATLAMAT. Mmg kesian giler.. Matlatmat biar spesifik. OooooOo. Matlamat aku ialah jadi orang berjaya. Hah? berjaya macam mana tu?? Contoh matlamat, matlamat aku sebelum akhir tahun ini aku dapat mengalahkan coach aku dalam permainan badminton. Tu baru betul.. ada matlamat spesifik. MENTOR. "Takpelah aku boleh belajar dari youtube, buku.." yang ini lagi kesian. Belajar tanpa guru adalah belajar dengan syaitan. Walaupun kau perasan kau dah cukup bagus tak perlu berguru. Tenyata kau silap.

E=Emosi, Elmu
Emosi kena jaga beb. Elmu @ilmu perlu ada. Emosi bermaksud hubungan kau dengan Tuhan, hubungan kau dengan orang sekeliling kena jaga. Sabar.. kejayaan takkan datang dalam sekelip mata.

S=Sistem, Strategi
Dah ada ilmu, perlulah rangka strategi macam mana nak mencapai matlamat.

T=Tindakan luar biasa
Dah rangka strategi, perlu ada tindakan. Benda ni yang paling susah orang nak buat. "Alaa... kau buat dulu la.. dah berjaya nanti baru aku masuk..". Terus nak besar je tindakan. Mulakan dari yang kecil dulu. baru pergi yang besar..

I=Impian, Intention
Impian kita, niat kita sebenarnya untuk siapa? untuk apa? Setiap perbuatan itu bermula dengan niat.

Thursday 11 December 2014

Karrimor Urban 30 Rucksack Pre-Order

 







 Karrimor, jenama outdoor yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualiti yang terbaik. Dijamin Original.

Perfect for hiking, walking and commuting, the Karrimor Urban 30 Rucksack features 2 main zipped compartments benefitting from a padded laptop sleeve and small internal pockets for easy to reach items. The Karrimor backpack also features 2 mesh pockets which are ideal for storing water bottles, coupled with a front shock cord carrying system and a padded back and straps for added comfort on long walks.

> Rucksack
> 2 main zipped compartments
> 1 small front compartment
> 2 mesh side pockets
> Padded laptop sleeve
> Internal pockets
> Front shock cord carrying system
> Compression straps
> Padded back
> Adjustable, padded shoulder straps
> Hip belt
> Karrimor logos
> Dimensions: W37 x L53 x D14cm

  

Harga Retail :RM199
Tawaran harga diskaun=RM125 pos percuma!  


Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan 

TEKNIK MENGGEGGAM RAKET BADMINTON YANG BETUL - ASAS

Ada 2 jenis teknik pegangan dalam badminton

1. Forehand Grip 


Anda boleh perhatikan cara pegangan untuk forehand. Seolah-olah membentuk huruf V di tengah-tengah antara ibu jadi dan jari telunjuk. Pegangan haruslah selesa, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat supaya anda mudah untuk menukar cara grip. Cara untuk pengangan forehand adalah seperti anda ingin berjabat tangan dengan seseorang.

2. Backhand Grip


Perhatikan kedudukan ibu jari. Ibu jari berada kedudukan atas sedikit daripada jari telunjuk. 
Ada yang bertanya pada saya. Dekat bahagian mana nak pegang? hujung handle, tengah handle atau pangkal handle.. Jawapan saya.. pegang kat mana-mana pun boleh.. nak pegang hujung, tengah or pangkal handle.. asalkan pegangan anda betul dan selesa.


Kelebihan pegang di hujung handle anda akan dapat menghasilkan lebih power terutama untuk pukulan smash, lebih jangkauan untuk mencapai shuttle tetapi anda akan mengurangkan control atau kawalan raket anda dengan memegang di hujung handle. Dan selalunya pemain perseorangan menggunakan cara pengangan di hujung handle.

Memegang dipangkal akan memberikan kawalan raket yang tinggi. Jika anda perhatikan pemain beregu selalu memegang di pangkal handle kerana acara beregu memerlukan pemain bergerak pantas dan kawalan raket yang baik.

So, lihat cara permainan dan kekuatan anda. Anda sendiri tentukan di bahagian mana anda ingin memegang raket. Play and Safe.. penganglah di tengah-tengah..hehe.

Pre-Order Karrimor Indie 30 Laptop Backpack






The Karrimor Indie 30 Backpack offers a large amount of storage space with two zip compartment and a padded internal sleeve for laptops. This Karrimor daysack is complete with pockets to the front and sides for additional storage with a moulded back system for maximum comfort. 

> Backpack
> Main zip compartment with internal laptop sleeve
> Zip compartment with internal pocket, divider and organiser
> Front zip pocket
> Side zip pocket
> Mesh side pocket
> Moulded back system
> Grab handle and shoulder straps
> Side compression and removable waist straps
> Capacity: 30L
> H50 x W29 x D16cm  

>Color=Dusk or Red

Pre-Order 5-7 Hari bekerja 

Harga Jualan= RM 450
Harga Kami= RM350 pos percuma!
anda jimat=RM100
 
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan 

Pemilihan Raket dalam Permainan Badminton




Yonex, Li Ning, Apacs, Fleet, Gosen, Victor antara beberapa jenama popular raket badminton. Li Ning dan Yonex antara yang termahal. Adidas juga mencuba nasib memasuki pasaran badminton pada tahun 2013 tetapi rasanya sukar nak bersaing dengan Li Ning dan Yonex. Memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, anda perlu membuat research terlebih dahulu.


Gaya Permainan
- Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

Spesifikasi Raket
-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″) ini ukuran untuk Yonex, untuk jenama-jenama lain, lagi besar nombor, bermaksud lagi besar la saiz grip.

-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.

Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:

Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas



          Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.

    Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Pernahkan anda mendengar ayat ini? Berlatih sukan ialah mengulangi teknik asas yang membosankan berulangkali…”  Tiada jalan pintas, hanya rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi raket pertama membantu anda mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana anda lebih mengenali serta memahami raket anda.

Buat masa ini raket paling ringan adalah dari jenama karakal BN60 yang hanya mempunyai berat 60g, yang kedua adalah dari jenama Apacs model Featherweight 500 berat tanpa tali hanya 63g.

Wednesday 10 December 2014

Offer Karrimor Trail 35 Rucksack Pre-Order


Karrimor Trail 35 Rucksack






Karrimor, jenama outdoor yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualiti yang terbaik. Dijamin Original.

> Day trekking backpack
> P600D/P300D Ripstop fabric
> Zipped pocket inside lid
> Zipped side pockets
> Walking pole attachment loop
> Base compartment
> Lower walking pole attachment
> Weight approx. 770g
> W39 x H62 x D18cm 

> Color= Blue or Black

Harga Retail :RM299 
Tawaran harga diskaun=RM199 pos percuma!

ini item pre-Order.
bermaksud anda perlu membuat tempahan beserta bayaran penuh. Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan