1. Komponen kecergasan berlandaskan kesihatan
2. Komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor
Komponen kecergasan berlandaskan kesihatan terbahagi kepada 5
a. Kapasiti Aerobik
-Biasanya disebut daya tahan kardiovaskular. Adalah keupayaan jantung untuk mengepam darah dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri daripada:
Jantung
Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.
Paru-paru
Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
Rangkaian Arteri dan Vena
Rangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala
vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung. Keupayaan
jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan sewaktu
seseorang melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Daya tahan
kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi
manusia dan ianya melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.
b. Daya Tahan Otot
Terdapat tiga komponen kecergasan yang berkait terus dengan otot, iaitu
daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa otot. Daya tahan otot adalah
keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja
berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Daya tahan otot
terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan
otot dinamik.
- Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun.
- Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.
Daya tahan otot diukur daripada penguncupan otot yang bekerja
berulang-ulang mengatasi rintangan di dalam satu jangka masa yang lama.
Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot ialah
bangkit tubi, tekan tubi dan burpee.
c. Komposisi Tubuh Badan
Endomorf ialah bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang
terkumpul di bawah kulit. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli
sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti Mesomorf pula
mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang
menarik. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan lari jarak
dekat dan acara lompatan Ektomorf mempunyai bentuk tubuh badan yang
kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan
kulitnya. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan pelari
jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang Obesiti atau kegemukan
adalah masalah kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat terutama
kanakkanak. Masalah ini ada kaitannya dengan komponen komposisi tubuh
badan. Bersenam secara kerap dan memakan makanan seimbang boleh
mengatasi masalah kegemukan.
d. Kelenturan dan Fleksibiliti
Kelenturan adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan
yang kemas dalam pergerakan yang maksimum. Kelenturan merujuk kepada
keupayaan sesuatu sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin. Hasil
pergerakan itu pula ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon
dan ligamen. Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan kelenturan ialah
pergerakan kalistenik regangan.
e. Kekuatan Otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai kebolehan sesuatu otot atau
sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
(kerja). Mempunyai kekuatan otot yang tinggi membolehkan individu
melakukan aktiviti kehidupan harian dengan lebih berkualiti. Kekuatan
otot ialah kemampuan otot mengatasi beban atau rintangan yang berat.
Contohnya, angkat berat, ujian lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan
lainlain. Kekuatan otot amat penting untuk mencapai prestasi tinggi
dalam aktiviti sukan dengan memberi sumbangan terhadap kuasa untuk
melakukan sesuatu tugas. Kekuatan otot juga perlu dalam aktiviti harian
untuk berjalan, berlari, mengangkat barang dan lain-lain lagi
Komponen kecergasan berlandaskan lakuan motor terbahagi kepada 6
Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor boleh dilihat dari segi
kelajuan, ketangkasan, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan
kuasa.
Kelajuan
Kelajuan dikaitkan dengan kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat. Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima. Sebagai contoh, dalam lari pecut dan lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi mencatatkan masa yang terpantas. Dalam acara lompat jauh, atlet lompat jauh memerlukan kelajuan lari landas untuk melakukan lompatan. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)

Ketangkasan
Ketangkasan ialah kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa bergerak. Atlet yang tangkas dapat melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan. Ketangkasan penting dalam menghadapi situasi kecemasan. Seseorang individu boleh mengaplikasikan ketangkasan dalam kebanyakan jenis permainan. Hal ini penting kerana setia pemain perlu bertindak dengan cepat mengikut situasi permainan. Ketangkasan boleh dilatih melalui latihan bayangan. Contoh pergerakan ialah lari zig-zag dalam permainan ragbi dan mengelecek bola hoki.

Koordinasi
Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasarannya. Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ianya melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan panca indera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang sempurna.
Masa Tindak Balas
Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga masa tindak balas dilakukan dengan pantas. Kepantasan masa tindak balas dikaitkan dengan ketangkasan. Contohnya, pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.

Imbangan
Imbangan ialah kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik. Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. Imbangan statik ialah imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali. Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan anda berubah kedudukannya. Imbangan statik berlaku apabila pusat graviti berada setempat. Imbangan dinamik ialah imbangan badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan. Imbangan dinamik juga adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.

Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Contohnya, dalam aktiviti melompat sarjan, anda memerlukan kuasa kaki anda untuk menghasilkan lompatan yang paling tinggi.

Credit to: http://sayacikgusukan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment