Teknik dan Taktikal dalam badminton, badminton private and group coaching, kelas badminton di Melaka. Kids Badminton.
Thursday 9 July 2015
10 Fakta Tentang Stamina
Kita sering mendengar istilah stamina, tak pancit, fit dan sebagainya. Semua orang tahu apa itu stamina, dan di mana terletaknya stamina seseorang. Kita telah didedahkan dengan istilah stamina sejak kita mengenal matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah lagi, atau sejak kita berkecimpung dengan aktif dalam sukan-sukan tertentu.
Pada entri kali ini, aku tidak mahu bercerita mengenai hal Pak Dollah yang pancit (tiada stamina) ketika berfutsal malam semalam, atau Dek Non Senah yang semput menaiki tangga ketika memperbaharui lesennya minggu lepas. Aku akan menyenaraikan 10 fakta menarik berkenaan stamina, yang mungkin ada di kalangan anda sudah tahu, atau tak tahu.
1 – Seseorang dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) tanpa henti untuk tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda penat, letih atau semput.
2 – Stamina mengambil masa yang agak lama untuk dibentuk, namun mengambil masa yang singkat untuk kehilangannya. Kebiasaannya, stamina seseorang individu akan hilang lebih 50% jika berhenti bersenam selama 2 minggu.
3 – Stamina amat bergantung pada faktor usia. Tidak hairanlah jika dalam kelas pendidikan jasmani (PJ) di sekolah, anak murid akan mempunyai stamina yang lebih hebat berbanding cikgu PJ nya sendiri. Ini belum termasuk lagi jika cikgu PJ tersebut mempunyai perut yang boroi (dah tak jaga makan) atau merokok, maka makin jauh perbezaannya tu.
4 – Antara banyak-banyak senaman kardio, senaman yang paling cepat untuk meningkatkan stamina pada tahap ‘tip top’ adalah High Intensity Interval Training (HIIT). HIIT adalah contoh senaman larian di mana anda berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan (jogging) untuk tempoh tertentu, kemudian berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu juga. Melakukan ketiga-tiga ini adalah dikira sebagai satu set, dan kebiasaannya satu sesi HIIT mengandungi 2 atau 3 set. Senaman ini kebiasaannya digunakan oleh jurulatih-jurulatih sukan untuk meningkatkan stamina anak-anak buahnya dan antara rejim yang sering digunakan adalah Tabata.
5 – Tahap stamina anda adalah dianggap sangat memuaskan sekiranya anda boleh berjogging sambil bercakap dengan biasa dalam masa yang sama, tanpa rasa mengah atau pancit.
6 – Antara sukan-sukan yang memerlukan stamina yang tinggi adalah berlari jarak jauh (marathon), tinju, tenis, bola sepak, dan berenang. Mendaki bukit/gunung tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.
7 – Orang yang kurus tanpa produk kebiasaannya akan memperoleh tiga hadiah di akhir fasa menurunkan berat badannya: Berat badan idle, Peningkatan tahap kesihatan, dan Stamina. Ini lebih menguntungkan berbanding mereka yang hanya mengambil pil kurus semata-mata, yang mungkin hanya mendapat 2 daripada hadiah di atas. Ini membuktikan bahawa stamina itu sama sekali tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
8 – Sumber kekacang adalah antara makanan yang mampu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Zat besi diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang membantu dalam pengangkutan oksigen ke otot-otot.
9 – Pemain bola sepak antarabangsa Korea Selatan, juga pemain midfield Manchester United, Park Ji Sung, telah diberi jolokan “Three-Lung Park” oleh peminat-peminatnya kerana staminanya yang sangat hebat.
10 – Sejak dari dahulu lagi, tahap stamina seseorang sering dikaitkan dengan kehebatan dalam melakukan aktiviti seks, terutamanya bagi pihak lelaki. Tidak percaya? Tanyalah mana-mana pak cik atau orang berumur berhampiran tempat tinggal anda.
sumber: http://sususejat.com/10-fakta-tentang-stamina-sudikah-anda-mendengarnya/
Tuesday 7 July 2015
Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak dalam Sukan
Sukan dapat memperkembangkan psikologi kanak-kanak. Kanak-kanak
mempunyai emosi yang kurang stabil dan sentiasa menunjukkan situasi yang
dialami oleh mereka seperti, marah, suka, merajuk dan sebagainya. Bagi
setiap perkara yang berlaku, kanak-kanak mempunyai sebab yang tersendiri
untuk menerima atau menarik diri dalam sukan yang diceburinya.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk
memastikan kanak-kanak mendapat hak mereka yang sepatutnya dalam
bersukan.
Penglibatan Dan Penarikan Diri Kanak-Kanak Dalam Sukan
Kini, ramai kanak-kanak telah melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Kejohanan di peringkat sekolah semakin berkembang. Dengan adanya
program satu murid satu sukan (1murid 1sukan), maka ramai kanak-kanak
telah menyertai aktiviti sukan. Walaupun begitu, semakin ramai jugalah
yang tercicir atau menarik diri dari aktiviti tersebut. Berikut adalah
enam sebab penyertaan kanak-kanak dalam sukan.
(a) Mencari keseronokan
Kanak-kanak
akan berasa seronok sekiranya mereka dapat melibatkan diri dalam
aktiviti sukan dan permainan. Hal ini terjadi kerana aktiviti tersebut
tidak mementingkan keputusan sama ada kalah ataupun menang. Sekiranya
ada keputusan kalah ataupun menang, perkara ini akan menyebabkan mereka
hilang keseronokan yang hendak dicapai kerana terdapat unsur persaingan
dalam mencari keseronokkan. tersebut.
(b) Belajar serta meningkatkan kemahiran diri
Semasa kanak-kanak bermain, mereka akan belajar beberapa perkara yang
dapat meningkatkan kemahiran diri. Dengan adanya permainan dan sukan, ia
dapat memberikan mereka ruang untuk belajar sesuatu kemahiran yang
diminati. Kemampuan melakukan kemahiran ini akan meningkatkan lagi
keyakinan diri serta membentuk peribadi kanak-kanak tersebut. Ruang
untuk meningkatkan lagi kemahiran akan sentiasa terbuka jika mereka
mendapat galakan yang sewajarnya dari orang dewasa yang memahami
kehendak mereka.
(c) Bersama rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan yang baru
Corak sosialisasi yang berkesan adalah dengan bermain. Kanak-kanak
belajar tentang persekitaran, bergaul dan berinteraksi dengan orang lain
dengan bermain. Penglibatan mereka dalam sukan pun kerana ingin bersama
dengan rakan-rakan dan bukannya untuk memenuhi kehendak orang dewasa.
Oleh itu aktiviti sukan berpasukan menjadi tumpuan utama kanak-kanak ini
kerana bukan sahaja mereka dapat bersama dengan rakan-rakan malahan
dapat menjalinkan hubungan rakan baru.
(d) Kegembiraan
Kanak-kanak akan gembira bermain dengan rakan-rakan mereka. Tekanan
akademik serta perubahan dari segi kehidupan masa kini yang dihadapi
oleh kanak-kanak telah menarik keceriaan dan kegembiraan dari wajah
mereka.
(e) Mencapai kejayaan
Takrifan kejayaan bagi kanak-kanak bukanlah kemenangan semata-mata,
tetapi sesuatu yang lebih dari itu. Kemampuan belajar serta melakukan
sesuatu kemahiran dengan baik juga dianggap sebagai kejayaan dan ini
secara langsung akan meningkatkan lagi keinginan mereka untuk terus
bergiat dalam aktiviti tersebut.
(f) Bersenam dan meningkatkan kecergasan fizikal
Mesej gaya hidup sihat yang diutarakan kepada golongan dewasa sudah
dapat diterima serta difahami oleh kanak-kanak. Dalam konteks ini
kecergasan fizikal diperlukan bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti
yang aktif dan lasak bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana
rakan-rakan merupakan agen sosialisasi kanak-kanak yang utama.
Faktor utama mempengaruhi penglibatan kanak-kanak di dalam bidang sukan
adalah disebabkan keseronokan (main bersama rakan-rakan). Selain
daripada itu ada juga kanak-kanak yang inginkan perhatian khususnya
guru. Daya tarikan terhadap perkembangan semasa seperti Piala Dunia,
Sukan Olimpik mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dalam sukan.
Adakalanya persaingan dalam kalangan kanak-kanak untuk mengatasi antara
satu sama lain juga mempengaruhi minat kanak-kanak. Contoh sukan yang
diminati: Bola sepak (lelaki), Badminton/larian (perempuan).
Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana pelbagai sebab
serta untuk memenuhi pelbagai keperluan. Bagaimanapun, penglibatan
mereka dalam aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka
berubah. Inilah di antara punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan.
Kadar keciciran kanak-kanak dalam aktiviti sukan di Amerika Syarikat di
antara umur 10-17 tahun telah meningkat sebanyak 80% (Roberts, 1993).
Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa berubah-ubah itu tidak dapat
dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga faktor utama yang
menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan
komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsik
yang rendah serta stres pertandingan (Anshel, 1997).
(a) Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi
kemampuan motor dengan orang lain dan ini sering dilakukan oleh
kanak-kanak pada peringkat usia 7-12 tahun. Oleh kerana kekurangan
pengalaman serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia
yang muda, kanak-kanak ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif
sebagai kayu ukur status kemahiran motor meraka. Sebagai perbandingan
jika kemahiran yang ingin dilakukan boleh dilakukan oleh ramai
kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu tersebut
bolehlah dianggap sebagai sama dengan orang lain. Bagaimanapun jika
kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang
kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu ini boleh
dianggap tinggi (Shaharudin Abd. Aziz, 2009).
Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh sesiapapun dan
dalam pelbagai situasi. Dalam konteks sukan yang biasanya dimainkan
dalam keadaan terbuka, maklumbalas dari penonton, jurulatih ibu bapa
serta rakan-rakan sepasukan menjadi kayu pengukur perbandingan
kanak-kanak terbabit. Maklum balas yang diberikan sama ada secara verbal
atau bukan lisan memberikan kesan yang positif dan juga negatif kepada
kanak-kanak tersebut. Input yang diberikan secara lisan seperti
kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan positif, manakala
ejekan, celaan serta komen-komen yang pedas merupakan rangsangan yang
negative. Begitu juga maklum balas lisan dan bukan lisan boleh
menghasilkan kesan yang sama kepada kanak-kanak tersebut. Kesan sebenar
mesej lisan dan bukan lisan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak
tersebut mentafsirkan apa yang dilihat dan yang didengarinya. Kesan
inilah yang akan menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan atau
menarik diri dari sukan. (Shaharudin Abd. Aziz, 2009).
(b) Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah
satu sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan. Ini adalah
kerana mereka mengatributkan kegagalan kepada kekurangan dari segi
kemampuan diri mereka. Justeru itu, apalah gunanya meneruskan
penglibatan dalam aktiviti tersebut jika mereka sudah tahu (persepsi
diri) bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam
aktiviti tersebut.
(c) Faktor-faktor penarikan diri kanak-kanak dalam sukan adalah
dipengaruhi oleh kekalahan dan kekecewaan. Adakalanya seseorang
kanak-kanak yang kurang kemahiran juga tidak diterima bermain dalam
pasukan, ini juga menyebabkan kanak-kanak menarik diri dalam sukan.
Dalam sesuatu permainan keseronokan adalah faktor penting membuatkan
terus bermain namun ada juga permainan di mana aktivitinya amat
membosankan dan seterusnya tidak menyeronokan.
Tekanan daripada guru mahupun jurulatih terhadap kanak-kanak selalunya
memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin pelajar tidak
minat terhadap terhadap guru atau jurulatih garang dan tidak prihatin.
Sekiranya berlaku tidak berlaku perubahan dalam kepimpinan guru mahupun
jurulatih besar kemungkinan mematikan terus minat kanak-kanak dan
seterusnya kanak-kanak menarik dalam sukan. Di samping sebab-sebab di
atas faktor kesihatan tidak dapat dinafikan sebagai penyumbang besar
mengapa kanak-kanak menarik diri dalam sukan.
dikalangan kanak-kanak ialah mementingkan kesungguhan dan bukannya
kemenangan. Didapati bahawa sebilangan kecil kanak-kanak menarik diri
akibat kekalahan dalam sesuatu pertandingan dan terusnya. Dalam menarik
minat kanak-kanak guru atau jurulatih boleh mengarahkan murid yang mahir
untuk membantu murid-murid yang kurang mahir. Selain daripada itu
sesuatu permainan perlulah menyeronokkan, maka aktiviti dalam sesuatu
permainan perlulah dipelbagaikan. Akhir sekali guru haruslah bersifat
lembut tetapi tegas dan prihatin kepada murid dalam menarik minat mereka
menyertai dan mengekalkan mereka terus bersukan.
Peranan Rakan Dalam Sukan Kanak-Kanak
Satu
kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan,
kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka.
(Malecki & Elliott, 1999).
Berikut adalah peranan rakan dalam sukan:
(a) Sebagai alat perbandingan dengan dirinya sendiri.
(b) Sebagai panduan apabila menilai diri (kemahiran, kebolehan dan lain-lain)
(c) Agen peneguhan seperti beri sokongan dan nasihat (Charlesworth & Hartup, 1967)
(d) Tempat meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah.
Kesan Tekanan dan Burnout Dalam Sukan Kanak-Kanak
Tekanan
Tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan
emosi yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika
situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. (Morstt &
Furst, 1979)
Terdapat beberapa sebab berlakunya tekanan. Sebahagian besar adalah
disebabkan oleh masalah peribadi, rakan sebaya dan juga berpunca akibat
sikap guru. Kesan yang dikenalpasti akibat tekanan adalah prestasi
merosot, minat semakin kurang, penarikan diri dari sukan dan kurang
motivasi dalam melakukan sesuatu perkara contohnya dalam bidang sukan.
Cara mengatasi cuba bantu selesaikan masalah murid, sentiasa beri
motivasi dan kata perangsang kepada murid dan cuba elak dari memberi
tekanan yang melampau kepada murid.
Burnout
Kepenatan yang ekstrim kerana melakukan kerja yang terlalu banyak atau
latihan berat yang terlalu kerap. Burn out dikaitkan juga dengan kurang
rehat. Kesannya ialah menggangu kesihatan, risiko keselamatan, penarikan
diri, minat kurang, prestasi merosot, motivasi menurun .
Maslach (1982) menyatakan burnout merupakan satu sindrom keletihan
emosi, depersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi. Burnout juga
berlaku apabila pekerja mengalami tekanan dan tidak mampu lagi untuk
berinteraksi dengan orang yang berhubung dengan mereka dan
persekitarannya.
Cara mengatasi
Rancang sesi latihan dengan baik. (pelbagaikan jenis latihan)
Beri rehat yang cukup kepada murid.
Bawa murid melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
Kuatkan mental murid.
Pendekatan Latihan Berkesan Ke Atas Atlet Kanak-Kanak
Berikut adalah pendekatan latihan yang dicadangkan ke atas atlet kanak-kanak:
(a) Latihan meningkatkan stamina
(b) Teknik permainan
(c) Undang-undang permainan
(d) Skil permainan
(e) Bengkel/motivasi sukan
(f) Latihan perlawanan persahabatan dengan sekolah luar.
(g) Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh agensi luar.
(h) Rekreasi dan kesenggangan
Peranan Ibu Bapa Dalam Sukan Kanak-kanak
Berikut adalah peranan ibu bapa dalam sukan kanak-kanak:
(a) Beri sokongan
(b) Hadir ke temasya sukan sekolah dan bersorak untuk anak.
(c) Dorongan dan nasihat
(d) Beri motivasi jika kalah
(e) Bantuan kewangan dan alatan sukan
(f) Tidak terlalu mencampuri kehidupan bersukan anak.
(g) Beri kebebasan kepada anak untuk memilih sukan yang diminatinya.
Kesimpulan
Seseorang kanak-kanak yang mempunyai perkembangan psikologi yang baik
dapat melibatkan diri dalam sukan dan rakan-rakannya. Kanak-kanak juga
perlu didedahkan tentang peranan mereka dalam membantu rakan-rakan yang
lain. Di samping itu, kanak-kanak juga perlu diajar cara-cara untuk
menangani stres supaya tidak berlanjutan. Malah ibu bapa juga disarankan
untuk mengambil berat dan memberi galakan kepada anak-anak mereka
semasa bersukan ataupun membuat latihan yang telah dirancang untuk
mereka.
sumber: http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com/2015/06/perkembangan-psikologi-kanak-kanak.html
Friday 3 July 2015
Adidas Badminton Racket adipower Duoforce
Adidas Badminton Racket Adipower Duoforce. PRE-ORDER
7-14 days
Price: RM420 Normal Price:
Kos Pos : Percuma Semenanjung Malaysia/ RM 10 Sabah dan Sarawak
Free adidas string, free grip and adidas cover bag
Hubungi Suhaimi 0146358869/Whatsapp untuk pembelian
Pre Order
Subscribe to:
Posts (Atom)