Siapa Saya



Saya seorang guru yang mengajar di sekolah rendah di Rengit, Batu Pahat, Johor (SK Sri Belahan). Opsyen Pendidikan Jasmani dari IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi (KPLI). Lulusan dari Universiti Malaya dalam bidang Sains Sukan (Major in Physiology Exercise Minor in Sport Coaching). Mempunyai sijil kejurulatihan tahap 1 untuk sukan Badminton dari BAM dan sijil kejurulatihan tahap 1 untuk sukan Olahraga dari MAF.
Saya juga merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan bagi subjek Pendidikan Jasmani KSSR pada tahun 2014.


Kepakaran saya adalah membantu ibu-bapa kanak-kanak berusia 6-15 tahun meneroka, mengembangkan dan menggilap potensi anak mereka dalam sukan badminton. InsyaAllah dengan program latihan saya, anak anda dari tidak tahu apa-apa tentang badminton, akan dapat bermain dengan baik.

Peribahasa melayu ada menyebut "belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan pula manusia". Tamadun tidak dibina dalam sehari. Kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Perlukan usaha yang lama dan kesungguhan yang tinggi.

90% kejayaan adalah dari usaha keras, latihan dan sikap.. 10% sahaja daripada bakat. Dengan latihan yang betul dan sikap murid yang mahu belajar dan ingin dilatih. Mereka akan berjaya.

call/whatsapp 0146358869 Suhaimi Isa
Suhaimi Badminton Academy

No comments:

Post a Comment