Thursday 25 June 2015

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KSSR tahun 1-6

Cara Download. Klik link yang diberi di bawah, tunggu sehingga 5 saat. Klik SKIP AD di penjuru kanan laman web tersebut. Selepas itu, file sedia dimuat turun. :)
RPT anda boleh ubahsuai mengikut takwim sekolah anda.

PENDIDIKAN JASMANI

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 1

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 2

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 3

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 5

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 6


PENDIDIKAN KESIHATAN

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 1

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 2

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 3

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 4

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 5

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Kesihatan KSSR Tahun 6

Friday 5 June 2015

Kelas/latihan badminton cuti sekolah Melaka




Bosan melihat anak anda asyik main tab/permainan video dirumah? Inginkan sesuatu aktiviti yang sihat untuk anak anda mengisi masa cuti? 

Kepakaran saya adalah membantu ibu-bapa kanak-kanak berusia 6-12 tahun meneroka, mengembangkan dan menggilap potensi anak mereka dalam sukan badminton. InsyaAllah dengan program latihan saya, anak anda dari tidak tahu apa-apa tentang badminton, akan dapat bermain dengan baik.
Program Badminton Cuti Sekolah

Terbuka kepada murid berumur 7-12 tahun.
8-12 Jun 2015

Yuran penyertaan RM150
Lokasi: Dewan Badminton Taman Seri Pandan, Melaka

Maklumat lanjut hubungi 0146358869.
Tempat terhad.


Monday 1 June 2015

Selamat bercuti sekolah



Cuti sekolah dua minggu dah menjelma. Di harap pelatih-pelatih SBA menggunakan masa cuti anda dengan baik. Training tetap training. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Makanan Tambahan-Perlu atau Tidak?



Jawapan bagi persoalan ini adalah YA. Namun, sekiranya anda hidup beratus tahun dahulu. jawapannya adalah TIDAK!

Beri saya peluang untuk memberi penjelasan.
Vitamin dan zat galian sangat penting dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai tindakbalas biologi badan. Fungsi badan ini menentukan tahap kesihatan setiap individu.

Nenek moyang kita yang hidup beribu atau beratus tahun dahulu hidup sebagai pemburu dan pengumpul makanan. Ini bermaksud makanan yang mereka makan didapati secara semulajadi daripada haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Makanan ini dimakan hampir serta merta dan mentah. Mereka tidak menternak atau bertani. Mereka tidak memerlukan vitamin atau zat galian tambahan.

Sebaliknya, makanan anda datang dari pasar raya. Makanan ini telah diproses. Kemungkinan besar, ia telah dituai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lepas. Ia ditanam dalam kawasan tanah yang sama setiap tahun. Ia disembur dengan racun perosak dan bahan kimia yang berlainan. Ternakan juga telah diberi makan antibiotik, hormon tumbesaran dan makanan yang tidak sihat serta membesar dalam sangkar yang sempit dan kondisi di mana memungkinkan ternakan senang mendapat penyakit. Tambahan lagi, makanan itu barangkali tiba di atas pinggan setelah terlebih masak dan diolah menjadi pelbagai bentuk yang tidak menyerupai keadaan asalnya.

Sekiranya makanan sebegini yang anda makan, kemungkinan makanan tersebut mengandungi kandungan vitamin dan zat galian yang cukup adalah amat tipis. Zat galian berpunca dari tanah. Sekiranya tanaman ditanam pada kawasan tanah yang sama setiap tahun, kehilangan zat galian akan berlaku. Baja kimia hanya mampu menyediakan nitrogen, fosforus dan kalium. Bagaimana pula dengan boron, selenium, kromium, magnesium dan sebagainya? Vitamin C sekali pun tetap memerlukan sekurang-kurangnya zat galian fosforus yang disintesis oleh tumbuhan.

Tambahan lagi, sebanyak 70-90 peratus vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan ketika pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan makanan. Vitamin C yang terdapat di dalam sebiji buah oren dari kebun organik (kebanyakan oren tidak berasal dari kebun organik) di Cina sewaktu pemetikan adalah 70-100 mg. Apabila oren yang sama tiba ke tangan anda, kandungan Vitamin C yang berbaki adalah hanya 20 mg. Aras ini tidak cukup untuk meneutralkan pengawet toksik dan sisa racun perosak pada kulit oren yang anda makan apatah lagi memberi vitamin tambahan untuk badan anda.

Anda memerlukan vitamin atau zat galian tambahan bukan kerana anda tidak mendapat khasiat tersebut daripada makanan anda; tetapi kerana makanan anda tidak dapat khasiat daripada tanah (atau khasiat itu telah hilang sebelum makanan tersebut tiba ke pinggan anda). Tambahan pula, kemungkinan besar anda tidak memakan variasi makanan secukupnya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat vitamin dan zat galian. Dalam tempoh seminggu lepas, berkemungkinan besar anda hanya memakan beras diproses, bijiran diproses, gula diproses, garam diproses, kobis, ayam, daging yang datang dari ladang. Anda tidak mungkin menemui vitamin atau zat galian dalam kuantiti yang mencukupi di dalam makanan tersebut walaupun anda mencari dengan terperinci sekalipun.

Maka, jika anda beranggapan bahawa anda mampu mendapat semua vitamin dan zat galian yang anda perlukan hanya daripada makanan moden, anda sudah pasti tersilap!


sumber:
http://www.mmgazette.com/adakah-vitamin-dan-zat-galian-tambahan-satu-keperluan-dr-rizin-kusop/