Saturday 24 January 2015

Latihan badminton murid tahun 1

 

 
Hari ini sorang je yang datang. Takpa la. kita buat light training je. Mahirkan servis depan

Adidas Badminton Racket Adizero Pro, Adipower Pro dan Precision Pro for Sale


Salam dan selamat sejahtera
Adidas Badminton racket for Sale. Ready Stock






Adidas Adizero Pro
Price: RM369 Normal Price: RM699
Kos Pos : Percuma Semenanjung Malaysia/ RM 10 Sabah dan Serawak




Adidas Adipower Pro
Price: RM399 Normal Price: RM729
Kos Pos : Percuma Semenanjung Malaysia/ RM 10 Sabah dan Serawak



Adidas Precision Pro
Price: RM369 Normal Price: RM659
Kos Pos : Percuma Semenanjung Malaysia/ RM 10 Sabah dan Serawak

All Racket come with string Yonex NBG 95, 24 lbs and Grip
Hubungi Suhaimi 0146358869/Whatsapp untuk pembelian


Sunday 11 January 2015

Review Victor Champion no 1 Shuttlecock




Hari ni nak review sikit shuttlecock jenama Victor Champion no 1. Baru je guna semalam. Shuttlecock ini agak laju kerana berat shuttlecock itu sendiri. Menggunakan Composite Cork double layer .Purata berat adalah 5.18gram. Agak berat kerana kebiasaannya kebanyakkan double layer shuttlecock agak ringan , sekitar 4.5-4.75gram, tetapi yang ini agak berat, jika dibandingkan dengan triple layer cork shuttlecock. walaupun sedikit berat, tetapi masih dalam range yang 4.5-5.5gram yang dibenarkan. Dari segi ketahanan bulu, untuk permainan beregu level intermediate, boleh bertahan 0.75 set. Kepuasan bermain menggunakan shuttlecock ini agak kurang bagi saya, mungkin kerana shuttlecock yang agak laju, ralli dalam permainan cepat habis, tetapi jika anda jenis yang bermain pantas dan pukulan anda selalunya tepat, shuttlecock ini sesuai dengan anda. Dengan harga pasaran di bawah RM55, shuttlecock ini berbaloi dengan wang yang anda keluarkan.


Victor Champion No 1
Overall Rating: 8/10
Durability: 8/10
Feather: 7.5/10
Flight: 7/10
Speed: 77
Average Weight: 5.18g

 Price: RM50-54 per tube

Jika anda berminat dengan shuttlecock ini, promosi sehingga tahun baru Cina 2015, harga RM50 sahaja. Pos RM5, Jika beli 2 tabung atau lebih, PERCUMA POS. Berminat boleh hubungi saya 0146358869 Suhaimi

Wednesday 7 January 2015

Tips Pemakanan dan Kesihatan bagi Mereka yang Aktif Bersukan



Berikut adalah beberapa tip penjagaan kesihatan dan pemakanan yang perlu diberi perhatian oleh pelajar dan mereka yang aktif dalam bersukan.

MAKANAN

1. Adalah penting untuk mereka yang aktif bersukan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan latihan atau bermain dalam sebarang pertandingan.

2. Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan proteinnya.

3. Walaupun makanan itu penting, jangan sekali-kali anda terlebih makan pula kerana keadaan itu pasti menjejaskan prestasi anda dan mutu permainan anda.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan yang boleh menyebabkan anda gemuk atau meningkatnya berat badan anda. Kurangkan mentega, marjerin, planta dan sebagainya.

5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi kandungan gulanya. Kurangkan makan cokelat, gula serta kurangkan kandungan gula dalam setiap makanan anda.

6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. (Pakar pemakanan menggalakkan ahli sukan memakan tiga hidangan buah-buahan setiap hari. Ini termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren yang banyak mengandungi Vitamin C. Buah-buahan juga diketahui umum banyak mengandungi beta karotene)


MINUMAN

1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.

2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.

3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.

4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan, semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.

5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkin air yang diperlukan oleh tubuh anda.

6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.

7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, teh dan seumpamanya.

Monday 5 January 2015

DSKP, Pelaporan Modul dan Panduan pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KSSR



Cara Download. Klik link yang diberi di bawah, tunggu sehingga 5 saat. Klik SKIP AD di penjuru kanan laman web tersebut. Selepas itu, file sedia dimuat turun. :)

Pendidikan Jasmani 

DSK Pendidikan Jasmani Tahun 1

DSK Pendidikan Jasmani Tahun 2

DSK Pendidikan Jasmani Tahun 3

DSKP Pendidikan Jasmani Tahun 4

DSKP Pendidikan Jasmani Tahun 5

DSKP Pendidikan Jasmani Tahun 6 


Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 1

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 2

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun3

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 4

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 5

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 6


Pelaporan KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 6


Pendidikan Kesihatan

DSK Pendidikan Kesihatan Tahun 1

DSK Pendidikan Kesihatan Tahun 2

DSK Pendidikan Kesihatan Tahun 3

DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4

DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5

DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6


Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 1

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 2

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 3

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 4

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Panduan dan Modul Pengajaran KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6

Sunday 4 January 2015