Sunday 11 January 2015

Review Victor Champion no 1 Shuttlecock




Hari ni nak review sikit shuttlecock jenama Victor Champion no 1. Baru je guna semalam. Shuttlecock ini agak laju kerana berat shuttlecock itu sendiri. Menggunakan Composite Cork double layer .Purata berat adalah 5.18gram. Agak berat kerana kebiasaannya kebanyakkan double layer shuttlecock agak ringan , sekitar 4.5-4.75gram, tetapi yang ini agak berat, jika dibandingkan dengan triple layer cork shuttlecock. walaupun sedikit berat, tetapi masih dalam range yang 4.5-5.5gram yang dibenarkan. Dari segi ketahanan bulu, untuk permainan beregu level intermediate, boleh bertahan 0.75 set. Kepuasan bermain menggunakan shuttlecock ini agak kurang bagi saya, mungkin kerana shuttlecock yang agak laju, ralli dalam permainan cepat habis, tetapi jika anda jenis yang bermain pantas dan pukulan anda selalunya tepat, shuttlecock ini sesuai dengan anda. Dengan harga pasaran di bawah RM55, shuttlecock ini berbaloi dengan wang yang anda keluarkan.


Victor Champion No 1
Overall Rating: 8/10
Durability: 8/10
Feather: 7.5/10
Flight: 7/10
Speed: 77
Average Weight: 5.18g

 Price: RM50-54 per tube

Jika anda berminat dengan shuttlecock ini, promosi sehingga tahun baru Cina 2015, harga RM50 sahaja. Pos RM5, Jika beli 2 tabung atau lebih, PERCUMA POS. Berminat boleh hubungi saya 0146358869 Suhaimi

No comments:

Post a Comment