Wednesday 7 January 2015

Tips Pemakanan dan Kesihatan bagi Mereka yang Aktif Bersukan



Berikut adalah beberapa tip penjagaan kesihatan dan pemakanan yang perlu diberi perhatian oleh pelajar dan mereka yang aktif dalam bersukan.

MAKANAN

1. Adalah penting untuk mereka yang aktif bersukan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan latihan atau bermain dalam sebarang pertandingan.

2. Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan proteinnya.

3. Walaupun makanan itu penting, jangan sekali-kali anda terlebih makan pula kerana keadaan itu pasti menjejaskan prestasi anda dan mutu permainan anda.

4. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan yang boleh menyebabkan anda gemuk atau meningkatnya berat badan anda. Kurangkan mentega, marjerin, planta dan sebagainya.

5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi kandungan gulanya. Kurangkan makan cokelat, gula serta kurangkan kandungan gula dalam setiap makanan anda.

6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. (Pakar pemakanan menggalakkan ahli sukan memakan tiga hidangan buah-buahan setiap hari. Ini termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren yang banyak mengandungi Vitamin C. Buah-buahan juga diketahui umum banyak mengandungi beta karotene)


MINUMAN

1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.

2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.

3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.

4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan, semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.

5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkin air yang diperlukan oleh tubuh anda.

6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.

7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, teh dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment