Thursday 11 December 2014

TEKNIK MENGGEGGAM RAKET BADMINTON YANG BETUL - ASAS

Ada 2 jenis teknik pegangan dalam badminton

1. Forehand Grip 


Anda boleh perhatikan cara pegangan untuk forehand. Seolah-olah membentuk huruf V di tengah-tengah antara ibu jadi dan jari telunjuk. Pegangan haruslah selesa, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat supaya anda mudah untuk menukar cara grip. Cara untuk pengangan forehand adalah seperti anda ingin berjabat tangan dengan seseorang.

2. Backhand Grip


Perhatikan kedudukan ibu jari. Ibu jari berada kedudukan atas sedikit daripada jari telunjuk. 
Ada yang bertanya pada saya. Dekat bahagian mana nak pegang? hujung handle, tengah handle atau pangkal handle.. Jawapan saya.. pegang kat mana-mana pun boleh.. nak pegang hujung, tengah or pangkal handle.. asalkan pegangan anda betul dan selesa.


Kelebihan pegang di hujung handle anda akan dapat menghasilkan lebih power terutama untuk pukulan smash, lebih jangkauan untuk mencapai shuttle tetapi anda akan mengurangkan control atau kawalan raket anda dengan memegang di hujung handle. Dan selalunya pemain perseorangan menggunakan cara pengangan di hujung handle.

Memegang dipangkal akan memberikan kawalan raket yang tinggi. Jika anda perhatikan pemain beregu selalu memegang di pangkal handle kerana acara beregu memerlukan pemain bergerak pantas dan kawalan raket yang baik.

So, lihat cara permainan dan kekuatan anda. Anda sendiri tentukan di bahagian mana anda ingin memegang raket. Play and Safe.. penganglah di tengah-tengah..hehe.

No comments:

Post a Comment