Wednesday 17 December 2014

Review Shuttlecock Efeel M700,Fleet no 2002 dan AVA no 4


Dari Kiri-AVA no 4, Fleet no 2002 dan Efeel M700
Dari Kiri-Efeel M700, Fleet no 2002 dan AVA no 4

Salam, nak review sikit shuttlecock yang saya guna.
Actually 3 jenama ini yang selalu saya pakai.

Ava no 4
Overall Rating: 7/10
Durability: 6/10
Feather: 6/10
Flight: 8/10
Speed: 77
Weight and Feel: 6/10
Price: RM30 per tube

Kalau anda boleh lihat, AVA no 4 menggunakan dual layer cork. Itu yang membuatkan shuttle dia agak ringan. Dari segi ketahanan feather agak kurang. Cork jenis ini lebih tahan lama. Tetapi ketahanan cork tidak sepadan dengan ketahanan 'feather'. Bulu cepat rosak. Untuk 'heavy' game memerlukan sehingga 3-4 shuttle untuk satu game. Sesuai untuk latihan. Nama pun dah AVA no 4 Training.


Fleet No 2002
Overall Rating: 9/10
Durability: 9/10
Feather: 9/10
Flight: 9/10
Speed: 77
Weight and Feel: 9/10
Price: RM75-79 per tube

Untuk jenama Fleet 2002. Shuttlecock mempunyai Logo "Approved by BWF for International Play". Memang terbaik dalam kelasnya. Untuk perlawanan yang "heavy' 1 shuttlecock boleh bertahan sehingga 1.5 game. Cork menggunakan triple layer cork. Triple layer akan memberikan berat kepada shuttlecock, tetapi jika dibandingkan dengan AVA no 4, cork AVA no 4 lebih tahan berbanding Fleet no 2002. Sebagai contoh saya pernah bermain menggunakan AVA no 4 untuk permainan 'moderate level' untuk 1 game, dibandingkan dengan Fleet no 2002, selepas habis 1 game, cork AVA no 4 kelihatan masih elok walaupun 'feather' dah hampir barai, untuk Fleet no 2002, cork macam lari sedikit dari bentuk asal, walaupun 'feather' masih elok.
Sesuai untuk pertandingan dan permainan sosial.


Efeel M700
Overall Rating: 9/10
Durability: 8.5/10
Feather: 9/10
Flight: 9/10
Speed: 76
Weight and Feel: 9/10
Price: RM76-81 per tube

Jenama Efeel terkenal di Melaka. Kerana pengimport shuttlecock jenama ini adalah syarikat dari Melaka. Ramai pemain badminton sosial di Melaka menggunakan shuttlecock ini. Efeel mengeluarkan 2 variasi shuttlecock. Speed 76 dan 77. untuk model Efeel M900 speed adalah 77. Jika nak dibandingkan Efeel M700 dan Fleet no 2002, Keseluruhan kualiti pada saya sama, cuma cork Fleet no 2002 lebih tahan sedikit berbanding dengan Efeel M700. Cork bagi Efeel M700 juga menggunakan triple layer cork.
Sesuai untuk pertandingan dan permainan sosial.

3 comments:

  1. masih jual bulu tangkis...

    ReplyDelete
  2. kalau dewan hanya ada 1 kod saja... sesuai pakai 77 ka @ 76

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. lagi tinggi suhu dewan.. lagi rendah speed perlu pakai.. kalau dewan panas dicadangkan pakai speed 76. kalau dewan ada aircond pakai 77 atau 78

      Delete