Thursday 11 December 2014

Pemilihan Raket dalam Permainan Badminton




Yonex, Li Ning, Apacs, Fleet, Gosen, Victor antara beberapa jenama popular raket badminton. Li Ning dan Yonex antara yang termahal. Adidas juga mencuba nasib memasuki pasaran badminton pada tahun 2013 tetapi rasanya sukar nak bersaing dengan Li Ning dan Yonex. Memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, anda perlu membuat research terlebih dahulu.


Gaya Permainan
- Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

Spesifikasi Raket
-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″) ini ukuran untuk Yonex, untuk jenama-jenama lain, lagi besar nombor, bermaksud lagi besar la saiz grip.

-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.

Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:

Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas



          Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.

    Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Pernahkan anda mendengar ayat ini? Berlatih sukan ialah mengulangi teknik asas yang membosankan berulangkali…”  Tiada jalan pintas, hanya rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi raket pertama membantu anda mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana anda lebih mengenali serta memahami raket anda.

Buat masa ini raket paling ringan adalah dari jenama karakal BN60 yang hanya mempunyai berat 60g, yang kedua adalah dari jenama Apacs model Featherweight 500 berat tanpa tali hanya 63g.

No comments:

Post a Comment