Teknik dan Taktikal dalam badminton, badminton private and group coaching, kelas badminton di Melaka. Kids Badminton.
Monday, 22 December 2014
BWF Badminton Coaching Manual Level 1 dan Level 2
Salam, di sini saya nak kongsikan panduan untuk jurulatih badminton. Panduan ini adalah dari BWF, dalam bahasa Inggeris.
Ada dua tahap, tahap 1 dan tahap 2. Harap dapat membantu jurulatih-jurulatih badminton untuk melatih anak murid masing-masing
Manual Coaching Level 1
Manual Coaching Level 2
Thursday, 18 December 2014
Karrimor Hot Rock 30 Rucksack- Pre Order
![]() |
Colour
Black/Green
|
![]() |
Colour
Black/Green
|
![]() |
Colour
Black
|
![]() |
Colour
Red/Blue
|
![]() |
Colour
Red/Blue
|
![]() |
Colour
Purple/Red
|
![]() |
Colour
Purple/Red
|
Karrimor Hot Rock 30 Rucksack
The Karrimor Hot Rock 30 Rucksack is great for hiking and trekking thanks to the rigid back support and the FForm Backsystem giving you a comfortable fit for carrying around all day, padded shoulder and waist straps give extra support and comfort. This Karrimor rucksack has a large tube compartment for all your camping equipment, a pocket to the top of the compartment allows for a water bladder, closes with a drawstring and clipped hood with pocket on the inner.> Rucksack
> 1 main compartment
> Allows for water bladder
> 1 internal pocket to hood
> Adjustable outer straps
> FForm Backsystem
> Padded shoulder and waist straps
> Karrimor logo
> H61 x W26 x D20cm
Pre Order
5-7 Hari bekerja penghantaran selepas pembayaran penuh dilakukan
Harga Jualan=
Harga Kami= RM295 pos percuma!
anda jimat=RM65
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
Karrimor Wind 25+5 Rucksack Pre-Order
Karrimor Wind 25+5 Rucksack
The Karrimor Wind 25+5 Rucksack is ideal for any avid hiker or trekker, utilising the Airspace back system designed to encourage cooling air flow coupled with a padded hip belt and adjustable shoulder straps for comfort. This Karrimor rucksack offers an impressive amount of storage space with expanding side pockets, a base compartment and mesh wand pockets along with walking pole attachments.Hydration System Compatible
Rain Cover Included. perfect for all weather backpacking.
> Rucksack
> Zipped pocket within lid
> Expansion side pockets
> Mesh wand pockets
> Base compartment
> Walking pole attachment
> Airspace back system
> Padded hip belt
> Hydration System compatible
> Rain cover included
> Capacity: 25+5L
> Fabric: P600D / P300D Ripstop
> Weight: 950g
> H47 x W35 x D17cm
Pre Order
5-7 Hari bekerja penghantaran selepas pembayaran penuh dilakukan
Harga Jualan=
Harga Kami= RM199 pos percuma!
anda jimat=RM51
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
Wednesday, 17 December 2014
Review Shuttlecock Efeel M700,Fleet no 2002 dan AVA no 4
![]() |
Dari Kiri-AVA no 4, Fleet no 2002 dan Efeel M700 |
![]() |
Dari Kiri-Efeel M700, Fleet no 2002 dan AVA no 4 |
Salam, nak review sikit shuttlecock yang saya guna.
Actually 3 jenama ini yang selalu saya pakai.
Ava no 4
Overall Rating: 7/10
Durability: 6/10
Feather: 6/10
Flight: 8/10
Speed: 77
Weight and Feel: 6/10
Price: RM30 per tube
Kalau anda boleh lihat, AVA no 4 menggunakan dual layer cork. Itu yang membuatkan shuttle dia agak ringan. Dari segi ketahanan feather agak kurang. Cork jenis ini lebih tahan lama. Tetapi ketahanan cork tidak sepadan dengan ketahanan 'feather'. Bulu cepat rosak. Untuk 'heavy' game memerlukan sehingga 3-4 shuttle untuk satu game. Sesuai untuk latihan. Nama pun dah AVA no 4 Training.
Fleet No 2002
Overall Rating: 9/10
Durability: 9/10
Feather: 9/10
Flight: 9/10
Speed: 77
Weight and Feel: 9/10
Price: RM75-79 per tube
Untuk jenama Fleet 2002. Shuttlecock mempunyai Logo "Approved by BWF for International Play". Memang terbaik dalam kelasnya. Untuk perlawanan yang "heavy' 1 shuttlecock boleh bertahan sehingga 1.5 game. Cork menggunakan triple layer cork. Triple layer akan memberikan berat kepada shuttlecock, tetapi jika dibandingkan dengan AVA no 4, cork AVA no 4 lebih tahan berbanding Fleet no 2002. Sebagai contoh saya pernah bermain menggunakan AVA no 4 untuk permainan 'moderate level' untuk 1 game, dibandingkan dengan Fleet no 2002, selepas habis 1 game, cork AVA no 4 kelihatan masih elok walaupun 'feather' dah hampir barai, untuk Fleet no 2002, cork macam lari sedikit dari bentuk asal, walaupun 'feather' masih elok.
Sesuai untuk pertandingan dan permainan sosial.
Efeel M700
Overall Rating: 9/10
Durability: 8.5/10
Feather: 9/10
Flight: 9/10
Speed: 76
Weight and Feel: 9/10
Price: RM76-81 per tube
Jenama Efeel terkenal di Melaka. Kerana pengimport shuttlecock jenama ini adalah syarikat dari Melaka. Ramai pemain badminton sosial di Melaka menggunakan shuttlecock ini. Efeel mengeluarkan 2 variasi shuttlecock. Speed 76 dan 77. untuk model Efeel M900 speed adalah 77. Jika nak dibandingkan Efeel M700 dan Fleet no 2002, Keseluruhan kualiti pada saya sama, cuma cork Fleet no 2002 lebih tahan sedikit berbanding dengan Efeel M700. Cork bagi Efeel M700 juga menggunakan triple layer cork.
Sesuai untuk pertandingan dan permainan sosial.
Pemakanan Sukan untuk Atlet Remaja
Pemakanan & Sukan
Apakah kebaikan sukan kepada remaja?
- Meningkatkan stamina
- Membantu membina tulang dan otot yang sihat
- Membantu mengawal berat badan
- Mengurangkan tekanan (stres)
- Meningkatkan keyakinan diri
- Mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol.
Bolehkah Indeks Jisim Tubuh, IJT (Body Mass Index) digunakan untuk menentukan status pemakanan atlet remaja?
- IJT merupakan kaedah yang baik untuk menilai status pemakanan anda. Untuk prestasi yang optimum, IJT sepatutnya berada antara persentil ke 5 hingga ke 85. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui IJT yang sesuai untuk umur anda.
Umur (tahun)
|
BMI yang sesuai untuk remaja lelaki (kg/m2)
|
BMI yang sesuai untuk remaja perempuan (kg/m2)
|
---|---|---|
10
|
15-19
|
14-20
|
11
|
15-21
|
15-21
|
12
|
16-21
|
15-22
|
13
|
16-22
|
16-23
|
14
|
17-23
|
17-25
|
15
|
17-24
|
17-24
|
16
|
18-24
|
18-26
|
17
|
18-25
|
18-25
|
18
|
19-26
|
18-24
|
Nota :
Anda boleh mengira IJT mengunakan formula berikut :
Berat (kg) | ||
IJT | = | |
Tinggi (m) X Tinggi (m) |
Contoh : Jika anda adalah seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun, mempunyai berat badan 60 kg dan tinggi 1.7 m, IJT anda adalah 20. Jadi anda mempunyai IJT yang normal (antara 18 – 25 kg/m2).
- Walau bagaimanapun, sebagai seorang atlet, IJT anda mungkin melebihi IJT yang normal. Ini kerana jisim otot dan rangka tubuh atlet adalah lebih besar akibat tahap aktiviti fizikal yang tinggi. Dalam keadaan ini, kaedah pengukuran lain seperti ketebalan lapisan kulit trisep digunakan untuk membezakan antara lemak dengan otot. Oleh itu, status pemakanan yang sebenar dapat ditentukan.
Apakah yang diperlukan dalam diet atlet remaja?
Atlet remaja perlukan :- Tenaga yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta aktiviti fizikal.
- Karbohidrat yang mencukupi untuk menyimpan bekalan tenaga.
- Protein yang mencukupi untuk pertumbuhan tetapi tidak berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko dehidrasi
- Air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan stamina.
- Lemak yang mencukupi tetapi tidak berlebihan.
- Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan prestasi (contoh : zat besi dan vitamin-vitamin B).
- Pelbagai sumber kalsium dan vitamin D untuk memastikan tulang sihat.
- Makanan yang kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia yang boleh mengurangkan stamina dan tahap pencapaian.
- Pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori anda.
Waktu Makan
|
Contoh Menu
|
---|---|
Sarapan
|
2 keping roti dengan marjerin 1 biji telur ½ cawan bijirin sarapan 1 potong betik 1 gelas susu rendah lemak |
Minum Pagi
|
2 keping karipap 1 gelas susu soya |
Makan Tengah Hari
|
2 cawan nasi 1 ketul ayam / ikan 1 mangkuk sup sayur campur + tauhu 1 cawan daun salad dan timun 1 gelas air kosong 1 biji pisang |
Minum Petang
|
1 cawan bubur kacang hijau 1 cawan teh |
Makan Malam
|
1 mangkuk mi sup (dengan ayam / daging, bebola ikan dan sayur-sayuran) 1 potong jambu batu 1 gelas air kosong |
Minum Malam
|
3 – 6 keping biskut 1 gelas susu rendah lemak |
Apakah corak pengambilan makanan yang sesuai sebelum sesuatu acara sukan?
- Tujuan utama pengambilan makanan sebelum sesuatu acara sukan adalah untuk mengelakkan rasa lapar sebelum atau semasa latihan atau pertandingan, serta mengekalkan paras optimum glukosa dalam darah.
- Sasaran utama pemakanan adalah untuk menyediakan makanan yang tinggi karbohidrat terutamanya karbohidrat kompleks, jumlah protein yang sederhana dan sedikit lemak.
- Jumlah makanan yang perlu dimakan bergantung kepada tempoh masa yang ada sebelum acara sukan itu bermula.
- Berikut adalah contoh corak pengambilan makanan yang boleh diikuti :
Hidangan /Snek
|
Selang masa
|
Contoh
|
---|---|---|
Snek | ½ - 1 jam sebelum | 1-2 keping roti Air kosong |
Hidangan ringan | 2 - 4 jam sebelum | 1 set sandwic tuna 1 potong betik Air kosong |
Hidangan berat | 4 - 5 jam sebelum | 1½ - 2 cawan nasi 1 ketul ayam / ikan bakar ½ cawan sayur yang dimasak atau 1 cawan sayur mentah Jus Oren |
Apakah diet yang dicadangkan selepas sesuatu acara?
- Glikogen di dalam otot dapat diganti dengan optimum dengan memakan atau meminum sumber yang tinggi karbohidrat sejurus selepas sesi latihan, dan sekali lagi 2 jam kemudian. Ini bermakna anda perlu minum minuman yang tinggi karbohidrat sejurus selepas latihan dan makan hidangan yang tinggi karbohidrat dalam tempoh 2 jam selepas itu.
Adakah atlet remaja memerlukan protein tambahan?
- Berdasarkan Saranan Keperluan Nutrien Malaysia (Recommended Nutrient Intake Malaysia, RNI), saranan keperluan protein untuk remaja adalah antara 1.0 hingga 1.2 g bagi setiap kilogram berat badan sehari.
- Atlet yang baru memulakan program latihan perlu mengambil 1.0 hingga 1.5 g protein bagi setiap kilogram berat badan sehari sementara atlet yang menyertai acara lasak memerlukan antara 1.2 hingga 1.4 g protein bagi setiap kilogram berat badan sehari. Contohnya, jika berat badan anda adalah 60 kg dan anda baru memulakan latihan, anda memerlukan 60 – 90 g protein sehari. Pengambilan 2 gelas susu, 2 hingga 3 ketul ikan / ayam, 2 keping keju, 2 potong tauhu dan 1 cawan kekacang sehari boleh memenuhi keperluan protein anda.
- Perlu diingatkan bahawa mengambil protein yang melebihi jumlah yang disarankan tidak akan menjadikan otot anda lebih besar atau kuat. Malahan dengan mengambil protein melebihi jumlah tenaga yang diperlukan akan menyebabkan protein disimpan sebagai lemak, bukannya otot. Protein yang berlebihan, sama ada diambil melalui makanan atau suplemen makanan, akan menyebabkan dehidrasi serta meningkatkan berat badan. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkan kehilangan kalsium dari badan.
Mengapa air penting bagi atlet remaja?
- Air memainkan peranan yang kritikal dalam pemeliharaan kesihatan dan prestasi yang optimum atlet remaja.
- Salah satu fungsi air yang sangat penting adalah untuk menyejukkan badan. Semasa anda bersukan, otot yang bekerja akan menghasilkan tenaga dan ini akan meningkatkan suhu badan. Peningkatan suhu badan akan menyebabkan badan anda berpeluh dan apabila peluh ini sejat, badan anda akan berasa sejuk. Sekiranya peluh yang keluar ini tidak diganti dengan meminum air dengan banyak, imbangan air di dalam badan akan terganggu dan menyebabkan dehidrasi.
Berapakah jumlah air yang diperlukan untuk mengelakkan dehidrasi?
- Jadual di bawah memberikan saranan am pengambilan air untuk mengelakkan dehidrasi. Walau bagaimanapun, saranan ini mungkin berbeza, bergantung kepada suhu persekitaran, kelembapan dan jenis sukan.
Masa
|
Jumlah Air
|
---|---|
1-2 jam sebelum acara | 300 - 400 ml air sejuk (10°C - 22°C) |
10-15 minit sebelum acara | 300 - 350 ml air sejuk |
Semasa latihan | 100 - 200 ml air sejuk |
Selepas latihan | 350 – 700 ml air sejuk |
Adakah atlet remaja memerlukan suplemen vitamin dan mineral?
- Walaupun suplemen vitamin dan mineral boleh memperbaiki status pemakanan seseorang yang mengambil hidangan yang kurang kandungan nutrien, tiada data saintifik yang menyokong penggunaan suplemen makanan secara am untuk meningkatkan prestasi atlet.
- Suplemen vitamin dan mineral mungkin akan memberi kepercayaan yang salah, di mana peningkatan prestasi akan dikaitkan dengan suplemen dan bukannya atas usaha serta latihan gigih yang dilakukan.
- Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis suplemen makanan.
Rujukan:
Jamie Stang, Mary Story, 2005. Guidelines for Adolescent Nutrition Services. Center for Leadership, Education and Training in Maternal and Child Nutrition, University of Minnesota. Page 1 - 206.
Semakan akhir | : | 20 April 2012 | ||||
Penulis | : | Zalma bt. Abdul Razak | ||||
Penyemak | : | Tn. Hj. Ridzoni bin Sulaiman |
Credit to : http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/remaja/pemakanan-a-sukan
Tuesday, 16 December 2014
Latihan-Pick up a shuttlecock with your racket
Salam, bagaimana nak pick up shuttle dengan menggunakan raket? mungkin video di bawah boleh membantu anda.
Selain dapat menjimatkan tenaga, pick up shuttle menggunakan raket akan membuatkan kita lebih bergaya. haha. Tak pandai main takpe.. Gaya kena ada. Ini dah la tak pandai main.. gaya pulak kurang.
Selain dapat menjimatkan tenaga, pick up shuttle menggunakan raket akan membuatkan kita lebih bergaya. haha. Tak pandai main takpe.. Gaya kena ada. Ini dah la tak pandai main.. gaya pulak kurang.
Monday, 15 December 2014
Jualan Barangan Sukan-adidas Young Mix Tracksuit Mens
Adidas Young Mix Tracksuit Mens (Sepasang)

Take training seriously and warm up in this Adidas Young Mix Tracksuit, featuring a hooded jacket and elasticated bottoms with drawstrings for an adjustable fit. This tracksuit
is designed with four pockets for plenty of storage along with a zip
fastening to the jacket, both items are completed with Adidas logo and
Three Stripes to the sleeves and outer legs.

Jacket
> Hooded with drawstrings
> Zip fastening
> Two zip pockets
> Ribbed cuffs
> Adjustable toggles to hem
> Top: 100% polyester
> Overlay: 100% nylon
Bottoms
> Elasticated waist with internal drawstring
> Two pockets
> 100% polyester
> Adidas branding
> Three Stripes
> Machine washable
Size Available :S, M, L, XL
UK Size | Chest | Waist |
XS | 34 / 36 | 28 |
S | 36 / 38 | 30 |
M | 38 / 40 | 32 |
L | 40 / 42 | 34 |
XL | 42 / 44 | 36 |
XXL | 44 / 46 | 38 |
Harga Retail :RM400
Tawaran harga diskaun=RM350 pos percuma
Pre-Order.
Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja
selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
pembayaran melalui Maybank dan Cimb
Diterima
Komponen Kecergasan Fizikal
1. Komponen kecergasan berlandaskan kesihatan
2. Komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor
Komponen kecergasan berlandaskan kesihatan terbahagi kepada 5
a. Kapasiti Aerobik
-Biasanya disebut daya tahan kardiovaskular. Adalah keupayaan jantung untuk mengepam darah dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Sistem kardiovaskular terdiri daripada:
Jantung
Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.
Paru-paru
Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
Rangkaian Arteri dan Vena
Rangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala
vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung. Keupayaan
jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan sewaktu
seseorang melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Daya tahan
kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi
manusia dan ianya melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.
b. Daya Tahan Otot
Terdapat tiga komponen kecergasan yang berkait terus dengan otot, iaitu
daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa otot. Daya tahan otot adalah
keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja
berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Daya tahan otot
terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan
otot dinamik.
- Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun.
- Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.
Daya tahan otot diukur daripada penguncupan otot yang bekerja
berulang-ulang mengatasi rintangan di dalam satu jangka masa yang lama.
Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot ialah
bangkit tubi, tekan tubi dan burpee.
c. Komposisi Tubuh Badan
Endomorf ialah bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang
terkumpul di bawah kulit. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli
sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti Mesomorf pula
mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang
menarik. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan lari jarak
dekat dan acara lompatan Ektomorf mempunyai bentuk tubuh badan yang
kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan
kulitnya. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan pelari
jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang Obesiti atau kegemukan
adalah masalah kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat terutama
kanakkanak. Masalah ini ada kaitannya dengan komponen komposisi tubuh
badan. Bersenam secara kerap dan memakan makanan seimbang boleh
mengatasi masalah kegemukan.
d. Kelenturan dan Fleksibiliti
Kelenturan adalah keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan
yang kemas dalam pergerakan yang maksimum. Kelenturan merujuk kepada
keupayaan sesuatu sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin. Hasil
pergerakan itu pula ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon
dan ligamen. Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan kelenturan ialah
pergerakan kalistenik regangan.
e. Kekuatan Otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai kebolehan sesuatu otot atau
sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
(kerja). Mempunyai kekuatan otot yang tinggi membolehkan individu
melakukan aktiviti kehidupan harian dengan lebih berkualiti. Kekuatan
otot ialah kemampuan otot mengatasi beban atau rintangan yang berat.
Contohnya, angkat berat, ujian lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan
lainlain. Kekuatan otot amat penting untuk mencapai prestasi tinggi
dalam aktiviti sukan dengan memberi sumbangan terhadap kuasa untuk
melakukan sesuatu tugas. Kekuatan otot juga perlu dalam aktiviti harian
untuk berjalan, berlari, mengangkat barang dan lain-lain lagi
Komponen kecergasan berlandaskan lakuan motor terbahagi kepada 6
Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor boleh dilihat dari segi
kelajuan, ketangkasan, koordinasi, masa tindak balas, imbangan dan
kuasa.
Kelajuan
Kelajuan dikaitkan dengan kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat. Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima. Sebagai contoh, dalam lari pecut dan lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi mencatatkan masa yang terpantas. Dalam acara lompat jauh, atlet lompat jauh memerlukan kelajuan lari landas untuk melakukan lompatan. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)
Kelajuan dikaitkan dengan kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat. Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima. Sebagai contoh, dalam lari pecut dan lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi mencatatkan masa yang terpantas. Dalam acara lompat jauh, atlet lompat jauh memerlukan kelajuan lari landas untuk melakukan lompatan. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)
Ketangkasan
Ketangkasan ialah kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa bergerak. Atlet yang tangkas dapat melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan. Ketangkasan penting dalam menghadapi situasi kecemasan. Seseorang individu boleh mengaplikasikan ketangkasan dalam kebanyakan jenis permainan. Hal ini penting kerana setia pemain perlu bertindak dengan cepat mengikut situasi permainan. Ketangkasan boleh dilatih melalui latihan bayangan. Contoh pergerakan ialah lari zig-zag dalam permainan ragbi dan mengelecek bola hoki.
Ketangkasan ialah kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa bergerak. Atlet yang tangkas dapat melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan. Ketangkasan penting dalam menghadapi situasi kecemasan. Seseorang individu boleh mengaplikasikan ketangkasan dalam kebanyakan jenis permainan. Hal ini penting kerana setia pemain perlu bertindak dengan cepat mengikut situasi permainan. Ketangkasan boleh dilatih melalui latihan bayangan. Contoh pergerakan ialah lari zig-zag dalam permainan ragbi dan mengelecek bola hoki.
Koordinasi
Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasarannya. Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ianya melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan panca indera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang sempurna.
Masa Tindak Balas
Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga masa tindak balas dilakukan dengan pantas. Kepantasan masa tindak balas dikaitkan dengan ketangkasan. Contohnya, pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.
Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga masa tindak balas dilakukan dengan pantas. Kepantasan masa tindak balas dikaitkan dengan ketangkasan. Contohnya, pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.
Imbangan
Imbangan ialah kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik. Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. Imbangan statik ialah imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali. Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan anda berubah kedudukannya. Imbangan statik berlaku apabila pusat graviti berada setempat. Imbangan dinamik ialah imbangan badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan. Imbangan dinamik juga adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.
Imbangan ialah kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik. Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. Imbangan statik ialah imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali. Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan anda berubah kedudukannya. Imbangan statik berlaku apabila pusat graviti berada setempat. Imbangan dinamik ialah imbangan badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan. Imbangan dinamik juga adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.
Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Contohnya, dalam aktiviti melompat sarjan, anda memerlukan kuasa kaki anda untuk menghasilkan lompatan yang paling tinggi.
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Contohnya, dalam aktiviti melompat sarjan, anda memerlukan kuasa kaki anda untuk menghasilkan lompatan yang paling tinggi.
Credit to: http://sayacikgusukan.blogspot.com
Sunday, 14 December 2014
Latihan untuk footwork kaki
Saturday, 13 December 2014
Sistem Kiraan Mata Dalam Badminton
Bercerita mengenai sistem kiraan mata ini, dulu kiraan mata 15 mata, siapa buat silap, pihak lawan tak dapat mata, cuma dapat giliran servis. Bila giliran dia servis, shuttle jatuh ke tempat lawan, baru dikira mata. Sistem kiraan mata yang lama ini, kekurangan dia, perlawanan lambat nak habis..
Sekarang ni sistem kiraan 21 mata, best of three. Sistem ini bermula tahun 2006. Maksudnya kena menang 2 set baru dikira menang. Sistem kiraan 21 mata ini, jika pemain membuat kesilapan, pihak lawan akan mendapat mata. Sistem ini membuatkan permainan badminton menjadi semakin pantas. Tiada ruang untuk melakukan kesilapan. Silap je, mata akan dapat ke pihak lawan.
Pandangan peribadi saya, saya lebih suka kiraan lama 15 mata. Permainan yang menggunakan format ini lebih berseni. Sekurang-kurangnya harapan masih ada jika melakukan kesilapan. Jika kita yang mulakan servis, kesilapan pada kita.. pihak lawan masih tidak mendapat mata. Hanya dapat giliran servis. So dari situ, kita boleh menyusun balik strategi kita.
Friday, 12 December 2014
Badminton Tournament
Banyak sebenarnya pertandingan badminton yang boleh disertai oleh kebanyakkan orang biasa. Macam dalam gambar ni, jangan katakan orang kurus, ahli sumo pun boleh masuk. Tiada masalah. Jika anda mencari pertandingan badminton yang boleh disertai, saya mencadangkan anda melayari laman web www.mbt.com.my disitu ada banyak juga pertandingan yang diiklankan.
Pre-Order Karrimor X Lite Backpack
![]() |
Karrimor X Lite Backpack |
![]() |
Karrimor X Lite Backpack |
![]() |
Karrimor X Lite Backpack |
The Karrimor X Lite Backpack is ideal for wearing to head out onto a run, with a spacious main compartment and multiple smaller zip pockets to store all your valuables whilst out on a run. The rucksack features adjustable, padded shoulder straps, a bungee system to one side and reflective detailing for better visibility in dim light conditions.
> Backpack
> 15 litre capacity
> Large zippered main compartment
> Bungee system to one side
> Reflective detailing
> Small zippered side pocket/2 zippered pockets to bottom of shoulder straps
> Hanging hook to top
> Adjustable padded shoulder straps
> Clipped chest strap
> Back length 49cm x back width 25cm
> Colour= Black, Fluo Orange, Fluo Pink, Fluo Yellow
Harga Retail :
Tawaran harga diskaun=RM125 pos percuma!
ini item pre-Order.
bermaksud anda perlu membuat tempahan beserta bayaran penuh. Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
Tips Untuk Berjaya dalam apa jua bidang
Tips untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Banyak tips. Kalau dibukukan rasanya tak abis tulis air sungai rejang..hehe. Nak berjaya kena ada formula. Apa formulanya? formulanya E=mc².. eh.. salah..
Formulanya adalah MESTI. Apa itu MESTI
M=Matlamat/ Mentor/Misi
Nak berjaya tapi kau tak tetapkan MATLAMAT. Mmg kesian giler.. Matlatmat biar spesifik. OooooOo. Matlamat aku ialah jadi orang berjaya. Hah? berjaya macam mana tu?? Contoh matlamat, matlamat aku sebelum akhir tahun ini aku dapat mengalahkan coach aku dalam permainan badminton. Tu baru betul.. ada matlamat spesifik. MENTOR. "Takpelah aku boleh belajar dari youtube, buku.." yang ini lagi kesian. Belajar tanpa guru adalah belajar dengan syaitan. Walaupun kau perasan kau dah cukup bagus tak perlu berguru. Tenyata kau silap.
E=Emosi, Elmu
Emosi kena jaga beb. Elmu @ilmu perlu ada. Emosi bermaksud hubungan kau dengan Tuhan, hubungan kau dengan orang sekeliling kena jaga. Sabar.. kejayaan takkan datang dalam sekelip mata.
S=Sistem, Strategi
Dah ada ilmu, perlulah rangka strategi macam mana nak mencapai matlamat.
T=Tindakan luar biasa
Dah rangka strategi, perlu ada tindakan. Benda ni yang paling susah orang nak buat. "Alaa... kau buat dulu la.. dah berjaya nanti baru aku masuk..". Terus nak besar je tindakan. Mulakan dari yang kecil dulu. baru pergi yang besar..
I=Impian, Intention
Impian kita, niat kita sebenarnya untuk siapa? untuk apa? Setiap perbuatan itu bermula dengan niat.
Thursday, 11 December 2014
Karrimor Urban 30 Rucksack Pre-Order
![]() |
Bright Red/Charcoal |
![]() |
Light Purple/Charcoal |
![]() |
Navy/Charcoal |
![]() |
Raspberry/Charcoal |
![]() | |||
Bright Blue/Charcoal |
Karrimor, jenama outdoor yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualiti yang terbaik. Dijamin Original.
Perfect for hiking, walking and commuting, the Karrimor Urban 30 Rucksack features 2 main zipped compartments benefitting from a padded laptop sleeve and small internal pockets for easy to reach items. The Karrimor backpack also features 2 mesh pockets which are ideal for storing water bottles, coupled with a front shock cord carrying system and a padded back and straps for added comfort on long walks.
> Rucksack
> 2 main zipped compartments
> 1 small front compartment
> 2 mesh side pockets
> Padded laptop sleeve
> Internal pockets
> Front shock cord carrying system
> Compression straps
> Padded back
> Adjustable, padded shoulder straps
> Hip belt
> Karrimor logos
> Dimensions: W37 x L53 x D14cm
Harga Retail :
Tawaran harga diskaun=RM125 pos percuma!
Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
TEKNIK MENGGEGGAM RAKET BADMINTON YANG BETUL - ASAS
Ada 2 jenis teknik pegangan dalam badminton
1. Forehand Grip
2. Backhand Grip
So, lihat cara permainan dan kekuatan anda. Anda sendiri tentukan di bahagian mana anda ingin memegang raket. Play and Safe.. penganglah di tengah-tengah..hehe.
1. Forehand Grip
Anda boleh perhatikan cara pegangan untuk forehand. Seolah-olah membentuk huruf V di tengah-tengah antara ibu jadi dan jari telunjuk. Pegangan haruslah selesa, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat supaya anda mudah untuk menukar cara grip. Cara untuk pengangan forehand adalah seperti anda ingin berjabat tangan dengan seseorang.
2. Backhand Grip
Perhatikan kedudukan ibu jari. Ibu jari berada kedudukan atas sedikit daripada jari telunjuk.
Ada yang bertanya pada saya. Dekat bahagian mana nak pegang? hujung handle, tengah handle atau pangkal handle.. Jawapan saya.. pegang kat mana-mana pun boleh.. nak pegang hujung, tengah or pangkal handle.. asalkan pegangan anda betul dan selesa.
Kelebihan pegang di hujung handle anda akan dapat menghasilkan lebih power terutama untuk pukulan smash, lebih jangkauan untuk mencapai shuttle tetapi anda akan mengurangkan control atau kawalan raket anda dengan memegang di hujung handle. Dan selalunya pemain perseorangan menggunakan cara pengangan di hujung handle.
Memegang dipangkal akan memberikan kawalan raket yang tinggi. Jika anda perhatikan pemain beregu selalu memegang di pangkal handle kerana acara beregu memerlukan pemain bergerak pantas dan kawalan raket yang baik.
Pre-Order Karrimor Indie 30 Laptop Backpack
The Karrimor Indie 30 Backpack offers a large amount of storage space with two zip compartment and a padded internal sleeve for laptops. This Karrimor daysack is complete with pockets to the front and sides for additional storage with a moulded back system for maximum comfort.
> Backpack
> Main zip compartment with internal laptop sleeve
> Zip compartment with internal pocket, divider and organiser
> Front zip pocket
> Side zip pocket
> Mesh side pocket
> Moulded back system
> Grab handle and shoulder straps
> Side compression and removable waist straps
> Capacity: 30L
> H50 x W29 x D16cm
>Color=Dusk or Red
Pre-Order 5-7 Hari bekerja
Harga Jualan=
Harga Kami= RM350 pos percuma!
anda jimat=RM100
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
Pemilihan Raket dalam Permainan Badminton
Yonex, Li Ning, Apacs, Fleet, Gosen, Victor antara beberapa jenama popular raket badminton. Li Ning dan Yonex antara yang termahal. Adidas juga mencuba nasib memasuki pasaran badminton pada tahun 2013 tetapi rasanya sukar nak bersaing dengan Li Ning dan Yonex. Memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, anda perlu membuat research terlebih dahulu.
- Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
-Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
-Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.
Spesifikasi Raket
-Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
-Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
-Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″) ini ukuran untuk Yonex, untuk jenama-jenama lain, lagi besar nombor, bermaksud lagi besar la saiz grip.
-Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
-Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
-Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
-Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas
Jadi anda boleh senaraikan raket-raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ anda dapat pelbagai maklumat yang belum anda ketahui. Untuk kali pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, anda dapat meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan anda.
Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Pernahkan anda mendengar ayat ini? “Berlatih sukan ialah mengulangi teknik asas yang membosankan berulangkali…” Tiada jalan pintas, hanya rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi raket pertama membantu anda mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana anda lebih mengenali serta memahami raket anda.
Buat masa ini raket paling ringan adalah dari jenama karakal BN60 yang hanya mempunyai berat 60g, yang kedua adalah dari jenama Apacs model Featherweight 500 berat tanpa tali hanya 63g.
Labels:
badminton,
racket,
sains sukan
Location:
Malacca, Malacca, Malaysia
Wednesday, 10 December 2014
Offer Karrimor Trail 35 Rucksack Pre-Order
![]() | |||||
Karrimor Trail 35 Rucksack |
|
> Day trekking backpack
> P600D/P300D Ripstop fabric
> Zipped pocket inside lid
> Zipped side pockets
> Walking pole attachment loop
> Base compartment
> Lower walking pole attachment
> Weight approx. 770g
> W39 x H62 x D18cm
> Color= Blue or Black
Harga Retail :
Tawaran harga diskaun=RM199 pos percuma!
ini item pre-Order.
bermaksud anda perlu membuat tempahan beserta bayaran penuh. Item akan dihantar antara 5-7 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
sila hubungi 01122556821 Suhaimi Isa sms/call/whatsapp untuk tempahan dan pertanyaan
Subscribe to:
Posts (Atom)