Tuesday, 9 December 2014

Bagaimana nak buat atau bancuh air isotonik sendiri


Pelbagai jenis minuman istonik yang ada dipasaran sekarang seperti 100 plus, Gatorade, Revive (sekadar menyebut beberapa nama) dan mempunyai pelbagai perisa. Ada yang berkarbonat dan ada yang tidak. Saya lebih mengesyorkan minuman isotonik yang tidak berkarbonat kerana rasanya yang tidak terlalu 'tajam'.

Balik pada tajuk kita hari ni. Bagaimana nak buat minuman isotonik sendiri.
Bahan-Bahannya


Minuman Jus Oren Jenama Peel Fresh 200ml

Air Kosong/Mineral 500ml

2 Sudu Besar Gula

1/3 Sudu Teh Garam

Campurkan, goncang dan minum! .. Lebih bagus diminum sejuk.

Kenapa guna Peel Fresh? Kenapa tak guna jenama lain? Boleh je nak guna. Ikut citarasa anda.
Tetapi Resipi yang saya kongsikan telah diuji di Makmal ISN (Menurut Pakar Pemakanan ISN yang bagi resipi ni) Cik Azimah.

Cubalah. Pasti jimat poket anda. Lainlah kalau anda mmg duta kepada jenama-jenama minuman isotonik ni. Dapat Free ja.. minum sampai LEBAM..

No comments:

Post a Comment