Teknik dan Taktikal dalam badminton, badminton private and group coaching, kelas badminton di Melaka. Kids Badminton.
Wednesday, 10 December 2014
Peranan Jurulatih/Coach
Cerita pasal peranan coach/jurulatih ni mmg banyak. Antaranya sebagai sumber maklumat. Jurulatih perlu berpengetahuan mengenai apa yang dilatih. Zaman sekarang semua orang boleh mendapat maklumat dengan cepat. Jadi, coach perlu selalu update dengan perkembangan terkini. yang kedua sebagai pendorong. Coach perlu berperanan sebagai ibu bapa memberi sokongan dari segi emosi, penerapan nilai-nilai positif dan murni.
Yang ketiga sebagai penegak disiplin. Perlu adil dan tegas serta memantau tingkahlaku atlit. Yang keempat sebagai instruktur kecergasan. Coach perlu tahu tentang prinsip-prinsip latihan yang terkini. Kelima sebagai perancang dan pengelola. Tugas coach merancang dan mengelola beberapa pendekatan sains sukan dari segi sesi latihan, penetapan sasaran, jadual pertandingan..
Kalau nak cerita terlalu banyak peranan coach ni. Kalau disekolah, coach la cikgu, coach la supir.. coach la sumber kewangan atlit.. Jadi coach ni selalu anda perlu keluar duit sendiri...
adakah anda telah bersedia nak jadi coach? tepuk dada, tanya niat anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment