Thursday, 4 December 2014

Pemakanan dalam Sukan


Bila sebut pasal makan teringat lagu Jalil Hamid bertajuk 'Makan'. Dalam lirik lagu tersebut ada disebut ' negara lain kebulur mati tak makan, tapi kita mati kerana banyak makan'. Fikir-fikirkan.

Kita lupakan kisah lagu makan tadi. Disini saya ingin berkongsi tentang pemakanan sukan di kalangan atlet. Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan atlet memang sukar nak menjaga pemakanan. Al-maklumlah Malaysia terkenal dengan kemewahan kepelbagaian jenis makanan yang tempat-tempat lain tak ada. Lepas tu kedai makan banyak yang bukak 24jam. Patula dikatakan rakyat Malaysia 40% Obesiti. Tapi saya masih dalam kategori berat badan ideal. Haha. Ye kot..

Kita lihat dulu definisi pemakanan. Pemakanan ialah kajian tentang makanan dan nutrien serta kesanya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu.

Pemakanan Sukan pula boleh ditakrifkan sebagai aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan, mengadaptasi pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa recovery dan meningkatkan prestasi latihan.

Pemakanan Sukan terbahagi kepada dua aspek
-- Pemakanan bagi latihan
-- Pemakanan bagi pertandingan

Kalau nak cerita pasal pemakanan atlet ni, sampai bila-bila pun tak habis.. Ada je nanti research baru yang keluar pasal pemakanan. Apa yang nak ditekankan di sini, MAKAN tu penting. Kerana dari MAKAN kita dapat TENAGA. So, amalkan pemakanan yang seimbang, ambil sarapan pagi, makan seperti biasa, mengikut keperluan dan makan dengan kerap. Maksud makan dengan kerap di sini bukan bermaksud makan dengan banyak..tetapi makan dengang kuantiti yang sesuai dengan selang masa yang singkat.

No comments:

Post a Comment